Dr Hannan sediakan tujuh orang pembantu rumah, tanda terima kasih kepada isteri, “Biar dia betul-betul rehat.” Rumah tangga adalah asas kepada masyarakat dan menjadi tempat di mana nilai-nilai murni serta kasih sayang dipupuk dan dibina.
Dr Hannan Sediakan 7 Orang Pembantu Rumah, Tanda Terima Kasih Kepada Isteri, “Biar Dia Betul-betul Rehat”
Dalam konteks ini, peranan seorang suami yang menyantuni isterinya adalah amat penting untuk mewujudkan sebuah rumah tangga yang harmoni dan bahagia.
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, pengasas spa, Dr Hannan Yusof berkongsi tentang pentingnya seorang suami menghargai isterinya.
Saya bagi isteri saya tujuh orang pembantu rumah tanda terima kasih.
Macam tak masuk akal, tapi di rumah saya memang ada tujuh orang pekerja sepenuh masa untuk uruskan keluarga saya. Ada pemandu, ada tukang kebun, ada pengawal keselamatan. Semua itu untuk kemudahan isteri dan anak-anak saya.
Saya cerita bukan nak menunjuk. Tapi nak kongsi segala saya buat ini sebab saya nak balas balik pengorbanan isteri saya selama pada saya. Sebab saya nak dia betul-betul rehat sekarang, sebab dia sudah terlalu banyak berjasa pada saya.
Pada awal perkahwinan, dia banyak mengalah. Dia yang uruskan anak-anak sebab dia nak saya fokus kejar cita-cita saya nak berniaga. Dia yang uruskan segala urusan rumah. Duit pun saya tal mampu nak bagi pada dia dulu sebab dulu saya banyak hutang sebab gagal dalam perniagaan kedai makan saya.
Dialah satu-satunya manusia yang yakin saya akan berjaya. Dia korbankan masa dia, kerjaya dia sebab dia nak saya berjaya dulu. Saya banyak tinggalkan famili. Sampai waktu dia lahirkan anak ke dua, saya tak ada sebab waktu itu saya pergi belajar di Korea.
Satu perkara lagi pasal isteri saya, dia tak pernah minta apa-apa daripada saya. Sejak dulu, dia tak pernah mengidam apa-apa. Apa yang saya bagi dia terima dengan gembira. Dia tak pernah bandingkan hidup dia dengan orang lain. Dia sentiasa gembira dengan apa yang kami mampu.
Sebab itulah sekarang saya bagi dia tujuh orang pembantu. Biar dia betul-betul rehat. Segala urusan rumah dan anak-anak dia tak perlu fikir. Waktu untuk dia nikmati hasil penat lelah dia selama ini. Sekarang dia boleh kejar cita-cita dia sejauh mana dia nak. Alhamdulillah.
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa” (Surah Al-Furqan (25:74))
Kesimpulannya suami yang menyantuni isterinya adalah seorang suami yang memahami tanggungjawab dan peranannya dalam rumah tangga. Dia bukan sahaja menjadi pelindung dan penyedia, tetapi juga seorang yang memberikan kasih sayang, perhatian, dan menghargai isterinya.
Keberkatan dan kebahagiaan dalam rumah tangga akan terhasil apabila suami menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh ikhlas dan dedikasi. Oleh itu, setiap suami harus berusaha untuk menyantuni isterinya demi mencapai kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan berkeluarga.
Sumber: Intagram Dr Hannan Yusof
Baca artikel lain juga: Jangan Biar Anak, Jaga Mereka Isteri Kongsi Pesanan Terakhir Arwah Jay Jay
Suami Menyusul Pergi Selepas Dua Minggu Isteri Meninggal Dunia Bersalin Anak Ke Empat
Suami Bawa Dua Isteri Tunai Haji Bersama, Ini Barulah Dikatakan Adil
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.