Tomyam Tumis Ala Siam. Pedas, Masam, Masin Memang Sedap

Peminat tomyam memang kena cuba resipi Tomyam Tumis Ala Siam ni. Bau harum dan keenakan kuahnya tu, memang padu! Pendek kata semangkuk memang tak cukup. Resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni juga sangat ringkas. Memang tak susah nak masak. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESIPI TOMYAM ALA SIAM YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
300-400gm isi ayam – potong kecil
2-3 ekor sotong – dikelar
5-6 ekor udang
2 ½ sudu makan pes tomyam – beli online disini
3 cawan air (600ml)
1/2 sudip sos cili – beli online disini
1 hiris jus limau nipis – boleh ubah suai ikut selera.
1 sudu kecil (kfc) garam
1 sudu makan gula – boleh abaikan atau kurangkan. Ikut selera.
Secubit perasa
Secubit serbuk lada putih
1 sudu makan susu cair – untuk rasa lemak – beli online disini

BAHAN TUMIS:
2 batang serai – hiris serong memanjang. Ketuk bahagian umbi depan.
3 tangkai cili padi
1 biji tomato – belah 4
3 helai daun limau purut
1 rumpun batang daun sup – boleh gantikan dengan daun ketumbar supaya rasa lagi kaw.
3 ulas bawang putih – diketuk
1/2 biji bawang Holland – hiris memanjang.
1 inci halia – diketuk
2 hiris lengkuas
Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak kemudian masukkan bawang putih. Masak hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan tumis lain dan masak hingga wangi.

3. Seterusnya masukkan potongan ayam. Biar sehingga minyak ayam keluar supaya rasa tomyam jadi lebih sedap.
4. Masukkan pes tomyam. Gaul rata kemudian tutup periuk dengan penutup. Biar pes pecah minyak terlebih dahulu sebelum dimasukkan air.
5. Tambahkan air. Kacau rata.
6. Seterusnya tambahkan 1/2 sudip sos cili Life. Perahkan juga 1 hiris perahan jus limau nipis.
7. Perasakan kuah tomyam dengan garam, gula, serbuk perasa dan juga serbuk lada putih. Jumlahnya boleh diubahsuai ikut citarasa.
8. Jika nak kuah tomyam yang rasa sedikit berlemak, tambahkan susu cair.
9. Setelah kuah mendidih, masukkan pula hirisan sotong dan udang. Biarkan 2 minit dan tutup api.
10. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Afy AL Habibi

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Ayam Masak Bawang Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

Resipi Ayam Sweet Sour Chinese Style Yang Sedap & Mudah

Resipi Kek Keju Meleleh Pandan Kukus. Lembut Gebu Memang Sedap

Cara Mudah Buat Whipping Cream Secara Homemade

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Comments

Leave a Reply