Ketepikan Gaya Bosan, 6 Olahan Gaya Kardigan Ini Serlahkan Penampilan Lebih Menarik

Ada apa dengan sehelai kardigan? Bukan hanya sebagai sebuah metafora untuk memberi keselesaan pada tubuh badan di kala dingin, malah ia lebih dari itu!

Kredit Foto: Rapita_photographer

Hari ini, terlalu banyak jenis rekaan kardigan yang dijual di pasaran. Dari segi potongan, warna, fungsi dan juga fabrik, ia menjadikan pilihan kardigan lebih menarik dan ‘rambang mata’. Untuk mencipta stail anda yang lebih moden, apa kata anda cuba gayakan kardigan ini dengan pilihan stail dari team Hijabista!

Gayakan Bersama Tali Pinggang!

Bukan sahaja dapat menjadikan gaya anda lebih bonus dan moden, malah penggayaan tali pinggang juga menjadikan anda tampak lebih kurus dan menawan.

Kredit Foto: Sue.Meyraa 

Usah pilih tali pinggang yang terlalu tebal, tetapi cukup sekadar jelas dilihat sebagai aksesori tambahan untuk menaikkan seri aura anda!

Stail Berlapis

“Tak panas ke pakai berlapis-lapis ni?”

Pasti anda risau kala ingin menggayakan stail sebegini. Ah! Hiraukan pandangan mereka asalkan anda tampil yakin dan bergaya saat melakukan aktiviti anda. Apa yang penting, pastikan tidak menyarung helaian yang menggunakan fabrik yang terlalu tebal. Gaya berpakaian layers ini juga sesuai untuk anda yang bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin! Stail ini bukan sahaja memberi kepanasan pada tubuh badan malah membuatkan penampilan anda lebih bergaya!

Triknya, pilih rona kardigan yang tidak begitu terang dan juga kosong dan padankan dengan helaian dalam yang bercorak ataupun warnanya yang lebih terang dari kardigan! Pasti edgy dan fashionable!

Potongan Labuh Untuk Nampak Tinggi

Pasti ramai yang tidak tahu mengenai trik ini! Bagi anda yang ingin tampak tinggi dan ramping, sarungkan saja potongan kardigan yang lebih panjang! Ini mampu memberi ‘muslihat’ untuk kelihatan tinggi dan kaki lebih panjang! Malah, stail ini juga lebih bersahaja namun mewah bila kena dengan suai padannya!

Kredit Foto: Luciie.nour

BACA JUGA: Tetap Sopan Walau Berfesyen PUTRI ARIANI Kongsi Suai Padan Outfit & Gaya Hijab

Anda boleh gayakan bersama kemeja sebagai helaian dalam serta celana potonggan skinny. Untuk potongan labuh ini, pilihan kasut tidak menjadi masalah! Sama ada kasut jenis sukan ataupun tumit tinggi, semuanya boleh digayakan bersama kardigan berpotongan labuh!

Persis Elit!

Ketepikan pengayaan yang ‘bosan’! Apa kata anda cuba gayakan kardigan di bahu. Anda boleh ikat bahagian tangan kardigan dan biarkannya terletak di bahagian dada anda atau lepaskan sahaja.

Kredit Foto: The Fashion Magpie

Kedua-dua cara ini bisa menjadikan gaya lebih mewah persis golongan elit. Bukan sahaja boleh digayakan di pejabat, malah dikala anda bersantai bersama rakan-rakan dan juga saat membeli barangan dapur, stail ini antara pilihan bijak untuk penggayaan ‘less is more’!

Stail Tuck in

Sesuai bagi anda yang menyarungkan celana potongan high waisted, masukkan hujung kardigan ke dalam celana. Ini mampu menonjolkan sisi moden anda serta menaikkan lagi volum tubuh anda!

Kredit Foto: Seymakaymakk

Bukan hanya dengan celana, malah anda boleh menggayakan stail ini bersama dengan high waisted skirt yang mampu menonjolkan aura sofistikasi dalam pengayaan! Apa yang penting, pilih kardigan yang tidak terlalu tebal untuk mengelakkan masalah saat ingin dimasukkan ke dalam celana ataupun skirt.

Gaya Cropped Cardigan!

Siapa kata cropped cardigan tidak boleh digayakan meskipun anda memakai hijab? Itulah sebabnya wujud rekaan pakaian dalam ataupun inner. Untuk gaya yang lebih fashionable, edgy dan unik, stailkan gaya anda dengan pilihan cropped cardigan bersama dengan celana jenis boyfriend jeans!

Kredit Foto: Face To Feet

Untuk bahagian dalam, sarungkan pilihan inner yang sama warna dengan kulit ataupun nude brown. Jika anda berani, boleh sahaja sarungkan pilihan inner warna gelap seperi hitam untuk menaikkan elemen kontra dalam gaya anda!

Comments

Leave a Reply