Bagi penggemar menu makanan laut, resipi Kerang Masak Cili ala Sheila Rusly perkongsian saudari Nur Kasih Fiezaimi Fiza ni tentunya anda perlu cuba. Mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Sesuai dimakan bersama nasi atau jika diratah begitu sahaja pun sudah cukup membuka selera. Jom cuba! Sekali cuba pasti puas hati ni. Sekali masak, bakal masak lagi berkali-kali.
CARA MASAK KERANG MASAK CILI ALA SIS SHEILA RUSLY
BAHAN-BAHAN:
- Kerang
- 2 batang serai – hiris halus panjang
- Sos tiram – beli online disini
- Sos cili – beli online disini
- Serbuk cukup rasa
- Lada benggala – jika suka
- Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 2 biji bawang besar – beli online disini
- 4 ulas bawang putih – beli online disini
- 1 inci halia
- 2 tangkai cili merah
- 7-8 biji cili padi merah
CARA MEMASAK:
1.Didihkan air dan masukkan kerang yang telah dicuci. Masak dalam 3 minit ( jangan sampai kerang terbuka kulit).
2. Bila sudah cukup 3 minit, keluarkan kerang dan masukkan ke dalam bekas berisi ais.
3. Kopek kulit kerang dan tinggalkan sebelah sahaja.
4. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis hirisan serai hingga wangi.
5. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Tumis lagi hingga pecah minyak.
6. Seterusnya masukkan sos tiram, sos cili dan serbuk cukup rasa dengan secukupnya. Sebatikan.
7. Bila tumisan sudah pecah minyak, masukkan kerang. Kacau sebati supaya kerang bersalut dengan sambal.
8. Masukkan hirisan lada benggala. Masak hingga lembut.
9. Angkat dan Kerang Masak Cili sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nur Kasih Fiezaimi Fiza
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.