Kapal Perang TLDM Terkandas di Perairan Johor

Kronologi Kejadian Kapal TLDM

Pada Ahad lepas, kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD PENDEKAR, dilaporkan terkandas di perairan tenggara Johor setelah mengalami kebocoran yang serius.

Insiden ini berlaku ketika kapal tersebut sedang dalam penugasan operasi sekitar jam 12 tengah hari.

Menurut kenyataan rasmi TLDM, kebocoran mula dikesan di Bilik Jentera kapal sebelum merebak dengan cepat dan menyebabkan kebanjiran besar yang tidak dapat dikawal.

Punca kebocoran tersebut dipercayai disebabkan oleh perlanggaran kapal dengan objek bawah air yang tidak dikenalpasti.

Walaupun kru kapal berusaha sedaya upaya untuk menstabilkan keadaan dan mengawal kebocoran, usaha tersebut tidak berjaya.

Semua kru berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan. Kini TLDM menumpukan perhatian kepada operasi salvaj untuk menyelamatkan kapal KD PENDEKAR.

Sumber - X/Twitter
Sumber – X/Twitter

Langkah Seterusnya

TLDM juga mengumumkan penubuhan lembaga siasatan khas yang akan memulakan siasatan segera bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian ini.

Mereka turut merakamkan penghargaan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta komuniti maritim yang pantas memberikan bantuan dalam insiden tersebut.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden ini dan merujuk kepada sumber rasmi TLDM untuk sebarang perkembangan terkini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, turut mengesahkan insiden ini dan memaklumkan bahawa kenyataan rasmi TLDM akan dikeluarkan.

Sumber - X/Twitter
Sumber – X/Twitter

Kru Kapal

Sebagai langkah keselamatan, semua anak kapal KD PENDEKAR telah dipindahkan. Kapal tersebut kini ditambat di sebuah kapal dagang yang berhampiran.

KD PENDEKAR, yang dibina oleh Karlskrona Varvet Shipyard di Sweden pada tahun 1978 dan ditauliahkan pada tahun 1979. Pada asalnya merupakan sebahagian daripada Skuadron Kapal Pembinasa Laju (Misil) Kedua. Kemudian diserap ke dalam Skuadron Kapal Pembinasa Laju Pertama di bawah Flotila Ronda.

Insiden ini pastinya menimbulkan kebimbangan. Namun tindakan pantas dan terkoordinasi semua pihak yang terlibat menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan keselamatan kru serta keselamatan maritim negara.

Dari Careta

Baca Juga Syarat Permohonan Cermin Gelap Kenderaan

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply