Dirempuh Tayar Lori Terpelanting, Ramai Ingat Penunggang Ini Parah Tapi Allah Itu Maha Berkuasa!

Baru-baru ini tular di media sosial klip video dari dashcam yang memaparkan kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal dirempuh tayar lori yang tercabut dan menghentam dirinya.

Melihat video tersebut ramai yang tertanya-tanya keadaan penunggang motorsikal ini yang dilihat terpelanting, berguling di atas jalan raya. Pasti juga terdetik dalam hati keadaan mangsa mungkin parah meski pada masa yang sama mendoakan keselamatan beliau.

Namun sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Melindungi. Menerusi hantaran Facebook Surau Alhijrah Pantai Ria mangsa didapati cuma mengalami kecederaan ringan sahaja.

“Inilah dia saudara Mohd Kapiau, 55 tahun, penduduk PPR Pantai Ria, yang video motornya dilanggar tayar lori tercabut pada hari jumaat lepas (23.8.24) di hadapan Mid Valley telah viral.

“Kuasa Allah, saudara kapiau terselamat dari kecederaan yg teruk. Melihat dari video, ramai yang kata mangsanya mesti parah. Namun Allah maha berkuasa,” memetik daripada hantaran tersebut.

Pada hari ketiga selepas kemalangan ngeri tersebut, saudara Kapiau disahkan doktor hanya cedera sedikit di kepala dan retak pada lengan namun sudah mula pulih. Malah tiada jua kecederaan dalaman pada bahagian kepala menurut hasil imbasan.

“Beberapa orang jemaah surau berkesempatan menziarahi beliau di HKL hari ini. Moga beliau segera sembuh dan balik rumah dengan segera. Saudara Kapiau adalah jemaah regular surau Al Hijrah, selalu membantu kerja kerja di surau tanpa mengharap upah. Dia banyak membuat kerja amal membantu tok siak dan pengurusan surau. Terima kasih,” memetik penjelasan dalam hantaran itu lagi.

Sumber: Surau Alhijrah Pantai Ria

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply