Tanda Anak Tidak Cukup Tidur, Ibu Bapa Kena Ambil Tahu, Penting Untuk Jaga Kesihatan

Tanda anak tidak cukup tidur, ibu bapa mesti kena ambil tahu, penting untuk jaga kesihatan. Tidur merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan manusia, terutama bagi kanak-kanak yang sedang membesar.

Tanda Anak Tidak Cukup Tidur, Ibu Bapa Mesti Tahu, Penting Untuk Jaga Kesihatan

Tidur yang cukup adalah kunci utama kepada perkembangan fizikal, mental, dan emosi mereka. Namun, dalam era moden ini, semakin ramai kanak-kanak yang tidak mendapatkan tidur yang mencukupi.

Kurang tidur boleh menjejaskan perkembangan anak. Malah kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup boleh mengalami masalah kurang fokus dan keletihan sepanjang hari.

Ikuti perkongsian oleh Dr Taufik Razif mengenai tanda-tanda anak tidak cukup tidur.

1. Keletihan letih sepanjang hari

Tak cukup tidur ni bukan je boleh sebabkan ‘Physical Fatigue’ tapi boleh juga sampai menyebabkan ‘Mental Fatigue’.

Kalau anak anak selalu mengadu ‘penat la Mama’ atau susah nak fokus buat sesuatu kerja, cuba periksa anak kita tu cukup tak jam tidurnya.

2. Sangat susah bangun pagi

Yang ni paling menyebabkan drama pagi antara mak ayah dan anak. Mak ayah nak kejar punch card tapi mata anak pulak macam kena gam. Kadangkala tu tengah mandi pun dia boleh tidur kan?

Kalau jam tidurnya cukup, percayalah cakap saya anak kita akan bangun sendiri dengan penuh senyuman! Cuba periksa apa anak kita buat sebelum tidur. Entah entah dia termenung tak boleh tidur sebab ‘blue-light effect’ daripada TV dan gajet kot!

3. Selalu menguap di siang hari

Tu maknanya samada anak kita keletihan ataupun anak kita punya tidur malam tu tak berkualiti (poor quality sleep).

Tapi kalau melebih lebih sangat menguapnya boleh je pergi periksa ke doktor. Ada banyak je penyakit ( medical conditions ) yang menyebabkan anak kita menguap melampau ni.

4. Selalu meragam tanpa sebab

Seperti yang saya pernah bagitahu sebelum ni, tidur ni adalah keperluan fisiologi paling asas dan terpenting bagi anak. Setara dengan keperluan makan dan minum!

Jadi, gunalah teknik penenang apa pun, kalau anak tak cukup tidur ni memang akan meragam. Badan dah mintak rehat, tak boleh buat apa dah.

5. Anak selalu jatuh sakit

Tidur yang tak berkualiti dan juga kurangnya tidur pada anak boleh membuatkan fungsi sistem imun anak kita tak bekerja dengan baik.

Jadi, kalau ada anak yang selalu jatuh sakit cuba tengok tengok juga kualiti tidur anak kita. Jangan jangan anak kita duk berjaga sepanjang malam masa kita tengah lena tidur atau waktu tidur anak tu tak tetap sampai jam biologi anak kita jadi pening dan terganggu!

Bagaimana untuk Memastikan Anak Mendapatkan Tidur yang Cukup?

Tetapkan rutin tidur yang konsisten

Wujudkan rutin tidur yang konsisten setiap malam. Ini boleh termasuk aktiviti seperti membaca buku atau mendengar muzik yang menenangkan sebelum tidur. Pastikan anak tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari, termasuk hujung minggu.

Cipta persekitaran tidur yang selesa

Pastikan bilik tidur anak adalah tempat yang tenang dan gelap. Suhu bilik yang sesuai dan katil yang selesa juga penting untuk membantu anak tidur dengan nyenyak.

Hadkan penggunaan peranti elektronik

Elakkan anak menggunakan peranti elektronik seperti telefon pintar, tablet, atau televisyen sekurang-kurangnya satu jam sebelum tidur. Cahaya biru dari skrin boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin yang penting untuk tidur.

Perhatikan pemakanan dan aktiviti fizikal:

Pastikan anak mendapatkan diet yang seimbang dan melakukan aktiviti fizikal yang mencukupi pada siang hari. Namun, elakkan makan makanan berat atau minum minuman berkafein dekat dengan waktu tidur.

Tidur yang cukup adalah asas kepada kesejahteraan kanak-kanak. Ibu bapa perlu mengambil langkah proaktif untuk memastikan anak-anak mereka mendapatkan tidur yang mencukupi setiap malam. Dengan memberi perhatian kepada tabiat tidur yang baik, kita boleh membantu anak-anak berkembang dengan sihat, cerdas, dan seimbang dari segi emosi.

Sumber: Dr Taufik Razif

Baca artikel lain juga: Anak Menangis Bila Bangun Tidur Walaupun Dah Tidur Lama? Perkara Ini Mungkin Jadi Penyebab

Nak Anak Cerdik, Pastikan Anak Cukup Tidur, Jangan Pandang Ringan Keperluan Yang Satu Ini

Tidurkan Anak Ikut Karakter Anak, Lagi Mudah Anak Nak Tidur!

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

Comments

Leave a Reply