Tip Buat Terung Masak Lemak Putih Makin Sedap, Carik Kulitnya Supaya Kuah Menyerap

Sayur terung antara yang boleh diolah pelbagai cara termasuklah dibuat masak lemak. Antara yang enak dan ringkas adalah terung masak lemak putih.

Jika berhasrat menyediakan lauk terung masak lemak putih ini, boleh praktikkan sekali resipi dan tip ini.  Supaya masak lemak putih makin sedap, pastikan kulit terung ini dibuang supaya kuah dapat meresap. Selain itu masukkan juga isi ikan yang dihancurkan ke dalam kuah santan.

Dah siap masak, hidang lauk ini adalah ikan goreng dan sambal belacan. Menu ringkas tapi memang boleh menambah nasi dibuatnya.

Resipi terung masak lemak putih 

 

Bahan-bahan

3 terung ungu yang saiz kecil. Cuci bersih bersih
3 ulas bawang merah
1 sudu besar biji lada hitam
2 ekor ikan Selayang -dibakar, diambil isi
Santan secukupnya
2 lada merah
Garam secukup rata

 

Cara membuat

1. Panaskan air dan celur sampai sedikit layu.

2. Bila terung sudah kecut, toskan. Buang kulitnya sebanyak yang boleh supaya kuah dapat meresap banyak dalam terung. Kemudian belah dua atau empat terung tadi.

3. Tumbuk bawang merah dan lada hitam hingga hancur, kemudian masukkan isi ikan Selayang. Tumbuk sekali hingga hancur.

 

4. Panaskan santan, masukkan bahan yang ditumbuk. Jika suka kuah cair,gunakan santan cair, jika suka kuah pekat guna santan pekat.

5. Bila kuah santan sudah masak, masukkan garam, lada merah, serbuk perasa.

6. Akhir sekali masukkan terung, biarkan seketika dan boleh tutup api.

 

Sumber: Hajar Mohd

 

 

Comments

Leave a Reply