Bisnes Mendunia, Inilah Pelan Internet 10GBps Terpantas Untuk Usahawan Berjaya!

Terus mengangkat bisnes mendunia dan melonjak ke angkasa, U Mobile perkenal pelan Internet jalur lebar U Biz Fibre 10GBps terpantas untuk usahawan berjaya.

Generasi usahawan wajar memanfaatkan kecanggihan teknologi agar perniagaan berkembang pesat. Memahami hal ni, U Mobile menjadi antara yang terawal melancarkan pelan U Biz Fibre 10GBps agar bisnes yang diusahakan ‘mendunia’.

Ya, dengan serendah RM1899/bulan, pelan ini memberikan kelajuan internet yang sepuluh kali ganda lebih pantas berbanding pelan fiber perniagaan standard, yang biasanya di sekitar antara 100MBps hingga 2GBps.

Menyedari dunia perniagaan digital bergantung kepada teknologi tinggi, pelan Internet 10GBps menawarkan solusi yang bukan sahaja memenuhi keperluan semasa, tetapi berdaya tahan menyahut cabaran masa depan. Hebatkan!

Ia bukan sekadar pelan internet, tetapi satu lonjakan teknologi yang membolehkan perniagaan terus berinovasi dan berkembang dalam era digital yang penuh persaingan.

U Biz Fibre 10GBps

Bimbang serangan siber atau penggodam akaun ‘mengganggu’ bisnes anda? Usah risau. Pelan ini turut disertakan dengan Secure DNS (Domain Name System) tanpa kos tambahan untuk memberikan lapisan keselamatan tambahan terhadap serangan siber dan pelanggaran keselamatan.

Semua ciri ini adalah nilai tambah yang sangat berharga untuk pemilik perniagaan yang mengutamakan keselamatan data dalam operasi.

Bukan itu sahaja tau, selain Secure DNS percuma yang disertakan dalam pelan ini, U Biz Fibre 10GBps juga turut menawarkan satu alamat IP awam tetap secara percuma untuk perniagaan yang memerlukan satu server tunggal. Bagi perniagaan yang mengendalikan pelbagai server, mereka boleh mendapatkan sehingga lima alamat IP tetap dengan tambahan RM300/bulan (harga runcit asal RM500/bulan).

Ini memberikan fleksibiliti kepada perniagaan dalam mengurus dan menyelaraskan keperluan rangkaian mereka dengan lebih efisien dan kos efektif.

Pelancaran U Biz Fibre 10GBps yang terbaru merupakan pelan tertinggi dalam rangkaian U Biz Fibre U Mobile, yang direka untuk memenuhi keperluan sambungan fiber perniagaan tanpa mengira saiz.

Dilancarkan pertama kali pada Julai 2023, semua pelan U Biz Fibre kini didatangkan dengan kontrak selama 24 bulan dan kini boleh didapati di Berjaya Times Square dan Pavilion Damansara Heights, dengan lokasi-lokasi tambahan bakal diumumkan tidak lama lagi.

Menarik bukan? Masa untuk bertindak, dapatkan maklumat lanjut dengan melayari https://www.u.com.my/en/business/broadband/u-biz-fibre.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/usia-63-suka-bertudung-bawal-kenali-sosok-wanita-pertama-dilantik-datuk-bandar-kuala-lumpur-ini/


Posted

in

, ,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply