Ambil Berkat Sunnah Nabi, Irine Nadia Kongsi Nama Anak Di Hari Ketujuh Kelahiran!

Dihari ketujuh kelahiran anak kelimanya, pempengaruh, Irine Nadia mengumumkan nama anak kelimanya.

Menerusi Instagramnya, Irine tampil berkongsi pilihan namanya dan suami buat buah hati mereka yang merupakan seorang bayi lelaki.

“MashaAllah Tabarakallah. Genap 7 hari hari ni. Rasa macam sekejap.

“Ibu akan kenang segala kenangan indah sepanjang pregnancy journey dan proses bersalin ibu. Beautiful moment Allah kurniakan.

“Usia 7 hari anakanda kelima kami yang tersayang, diberi nama,

๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐Œ๐š๐ฅ๐ข๐ค ๐Œ๐ข๐ซ๐ณ๐š. ๐Œ๐š๐ฅ๐ข๐ค : ๐˜๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ค๐ข, ๐Œ๐ข๐ซ๐ณ๐š : ๐€๐ง๐š๐ค ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐š๐ข๐ค

Tambah Irine lagi, anak lelakinya itu turut mempunyai lesung pipit seperti anak sulungnya.

“Anak lelaki kali ini menurun lesung pipit, muka macam kakak sulungnya. Kak Nina sepet masa kecik. Yela kakak dia ang request nak adik.

“Tiga anak lelaki kami, Umar, Hud, Malik & 2 anak perempuan. Alhamdulillah.

“Kau datang ketika kami tidak mengharapkan apa-apa tapi disambut mesra oleh kakak-kakak dan abang-abangmu sayang. Menyerikan lagi keluarga kita, InshaAllah๐Ÿคฒ๐Ÿป

“Terima kasih yang sudi mendoakan dari awal nak bersalin haritu sehingga selesai segalanya, hati jiwa ibu penuh terisi dengan kehadiran 5 cahaya mata,” tulisnya berkongsi.

Menarik: “Anak Dah Sepasang” Tak Mahu Czer Kali Ke-3, Shila Amzah Tak Rancang Tambah Anak!

 

Ayuh sertai Edutainment Fest 2024!

Jom bawa anak-anak sertai pertandingan MARI MEWARNA SAYA ANAK MALAYSIA pada 25 Ogos 2024. Anak-anak akan membawa pulang sijil, goodies istimewa Bintang Kecil dan akaun SSPN bernilai RM20. Juga ada hadiah menarik untuk dimenangi!

Terbuka kepada anak-anak yang berumur 5 hingga 6 tahun. Jom daftar sekarang! https://kliik.je/product-details/108?title=mari-mewarna-saya-anak-malaysia

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA ย atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply