Bagi pasangan suami isteri bekerja apatah lagi jika punya beberapa orang anak yang masih kecil pastinya tak cukup kaki tangan untuk melakukan kerja rumah. Adanya peralatan elektrik atau gajet yang boleh membantu memudah atau melangsaikan kerja memang melegakan. Meski sedikit mahal tapi mampu memberi masa untuk kita berehat.
Perkara inilah yang dirasakan oleh Amni Azmi. Dalam satu perkongsian yang tular beliau menyenaraikan lima peralatan di rumah yang sangat membantu dan memudahkan ibarat ‘membeli masa’ dengan wang.
5 gajet ‘beli masa’ dengan wang
1. Steam iron
Masa awal berkahwin tahun 2019 kami duduk di apartment sewa. Owner ada sediakan iron biasa. Ada satu hari tudung kegemaran saya terbakar. Saya menangis sebab saya propose kepada suami untuk beli steam iron Philips, tapi kena reject sebab dia kata mahal sangat. Harga ketika itu RM600.
Saya dah lama tak guna iron biasa sebab mak saya pengguna steam iron Philip sejak zaman saya sekolah. Selepas beberapa siri merajuk kami pun share duit beli seterika ini. Rupanya masa tu saya belum faham cara suami saya fikir. Dia nak saya hantar proposal full pros and cons guna steam iron Philip, kena justify harga begitu begini.
Fast forward sekarang saya kerja private, mostly pakaian saya casual dan ironless. Jadi suami sayalah yang paling banyak menggunakanna. Alhamdulillah pakaian kami tak pernah terbakar sejak guna iron steam dan syukur model yang kami beli tak pernah ada masalah sampai sekarang. Kena rajin buat maintenance (decalc) bila tiba masanya.
2. Robot vacuum cleaner
Kami berpindah ke rumah sendiri di Kuantan pada tahun 2021. Suami beli robot vacuum. Sejak dari itu kami masih guna robot vacuum yang sama. Ada satu kali saja tukar bateri. Kelebihan robot vacuum, menyenangkan kerja maintenance menyapu. Jadi tak perlu menyapu harian cuma sesekali kena buat deep cleaning rumah.
3. Dryer
Tahun lepas beli dryer. Betapa bahagianya tak perlu fikir masa bila nak basuh baju, sebab nanti kena jemur bagai. Bila dah ada dryer, nak basuh baju 2-3 pagi pun no hal. Kami pilih dryer option heat pump dual inverter, setakat ni memang jimat elektrik sebab kami tak mahu tambah komitmen kewangan.
Sustainability itu penting. Walaupun per cycle lama, 1 cycle jatuh beberapa sen je. Bil elektrik kami tak naik sangat pun sejak ada dryer. Modal upfront agak keras juga dalam RM3-4k untuk heatpump tapi setakat ni pulang modal sebab dah guna beratus cycle. Ada hari guna 2-3 kali.
4. Dishwasher
Selepas itu kami beli dishwasher. Sebab duduk dua orang jadi beli Toshiba yang lower entry grade sahaja untuk penggunaan dua orang. Tablet dishwasher beli shopee RM60 dapat la 90 tablet. Average penggunaan satu tablet sehari. Memang boleh basuh dengan tangan. Tapi saya jenis tak suka berlama-lama di dapur depan sinki dan berbasah-basah.
Masa membasuh boleh pilih ikut mode. Saya suka guna mode hygienic tapi dalam 2 jam juga. Bagi saya takde masalah, sebab masa dia membasuh kita boleh rehat, baca quran, kemas lap dapur, buat bisnes takaful dan Public Gold saya.
Bila siap, pinggan mangkuk pun kering. Ada la kadang-kadang jenis makanan yang degil ada sisa yang tak hilang sepenuhnya (jarang berlaku), tapi boleh saja basuh semula dengan usaha yang minima sahaja. Guna dishwasher tak naik banyak pun elektrik. Bil air pun sama sahaja malah lebih jimat sebab kita basuh sekali gus.
5. Thermomix
Konsep tinggal dan masak, dan sesiapa boleh hasilkan masakan yang sama kalau ikut resepi. Satu sebab saya baru terjebak dengan Thermomix sejak hamil kerana saya rasa saya ada konflik dengan makanan.
Saya hilang selera makan dan berat turun. Tapi saya tak mahu makanan yang beli kat luar. Tapi saya tak selera juga makan makanan masak sendiri. Last sekali saya beli Thermomix dan suami saya ikut resepi dalam Cookidoo dan group Thermomix. Saya berselera makan.
Kesimpulannya gajet-gajet yang bantu memudahkan urusan harian di rumah adalah satu pelaburan yang membahagiakan keluarga. Jangan rasa kedekut untuk melaburkan modal bagi membeli masa yang lebih. Kita kena berdamai dengan teknologi.
Masa itu lagi mahal dari wang ringgit. Sebab masa tak boleh dapat kembali. Duit boleh cari balik. Tapi pastikan buat mindful spending lah. Kami nak decide beli dryer apa pun berbulan survey, review penggunaan orang lain etc.
Betulkan niat, in sha Allah perbelanjaan kita menjadi satu ibadah yang berpanjangan untuk memudahkan urusan keluarga ameen.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Amni Azmi
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.