Ambil Alih Fungsi Sistem Organ Bayi Di Awal Trimester Ibu Hamil, Placenta Perlu Sihat!

Plasenta atau uri merupakan unit penting yang menghubungkan sistem ibu dengan bayi di dalam kandungan. Dalam perubatan pula ia lebih dikenali sebagai Feto Placenta Unit.

Plasenta terbentuk daripada proses persenyawaan yang berlaku pada telur dan sperma. Sebahagiannya membentuk janin dan sebahagian lagi membentuk unit plasenta.

Ia bertanggungjawab membekalkan nutrien penting bagi bayi, tempat berlakunya pertukaran gas oksigen – karbon dioksida, vitamin, glukosa dalam darah dan hormon-hormon yang diperlukan oleh bayi semasa dalam kandungan.

Plasenta boleh menyalurkan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh ibu seperti HIV, siflis, hepatitis dan jangkitan kuman semasa pemindahan kepada bayi. Dengan kata lain, peranan plasenta ialah mengambil alih fungsi sistem organ bayi sebelum ia mencapai kematangan.

Bagaimanapun selepas bayi matang (37 minggu), plasenta sudah tidak diperlukan lagi kerana sistem badan bayi sudah boleh berfungsi sendiri tetapi jika melebihi tarikh bersalin (10 hari), uri masih boleh berfungsi untuk bayi.

Posisi Plasenta
Pada peringkat awal kehamilan, 90 peratus plasenta berada di segmen bawah rahim dan selepas tujuh bulan, 90 peratus plasenta akan berpindah ke segmen atas rahim. Dianggarkan beratnya adalah 1/6 daripada berat bayi semasa dilahirkan atau lebih kurang 500 gram.

Bagaimana Plasenta Dikeluarkan?
Plasenta akan dikeluarkan selepas bayi selamat dilahirkan. Biasanya dalam masa jam selepas kelahiran bayi, plasenta dapat dikeluarkan, bermakna plasenta mengalami masalah.

Terdapat dua cara plasenta dikeluarkan apabila bersalin normal:

1. Kaedah pasif
Plasenta dibiarkan lekang secara semula jadi dan keluar sendiri tetapi pakar perubatan jarang menggunakan cara ini kerana ia lambat, senang melekat, boleh menyebabkan pendarahan dan rahim lambat mengecut.

2. Kaedah aktif
Doktor akan menarik tali pusat dan menolak rahim daripada atas perut seta menarik keluar plasenta secara terkawal, CCT (Control Cord Transaction).

Menarik: Uqasha Senrose Tayang Wajah Anak Selepas Dua Bulan, “Comelnya Macam Ibu”?

Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu

Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply