Gantung Bingkai Gambar Tanpa Perlu Paku Dan Tebuk Lubang, Ini 4 Trik!

Menggantung bingkai gambar di dinding rumah selalunya memerlukan kita menggunakan paku dan perlu menebuk lubang pada dinding. Ini mungkin mengganggu, terutama sekali jika anda tinggal di rumah sewa atau tidak mahu merosakkan dinding yang cantik.

Jangan risau! Terdapat beberapa trik yang boleh anda cuba untuk menggantung bingkai gambar tanpa perlu menggunakan paku atau menebuk lubang.

Gantung Bingkai Gambar Tanpa Perlu Paku Dan Tebuk Lubang, Ini 4 Trik!

1. Glue pads 

Terdapat banyak jenis glue pads di pasaran. Kadang-kadang kalau yang jadi cikgu tu dah biasa dengan glue pads untuk tampal kertas atau poster untuk mengajar kan. Tapi glue pads brand Stabilo atau Faber Castell tidak berapa sesuai untuk anda gunakan pada bingkai gambar. Kalau setakat nak tampal kepingan gambar terus pada dinding ok lagi.

Tapi untuk beban frame adalah sesuai untuk anda gunakan UHU Patafix. Terdapat pelbagai material UHU Patafix ini. Tapi yang paling sesuai untuk gantung frame anda ambil yang di khaskan untuk “Homedecor” atau “PROpower” yang berwarna hitam. Tambahan, UHU Patafix ini boleh digunakan semula dan mudah dibersihkan.

2. Damage free hang 

Produk jenama Command yang di keluarkan oleh syarikat 3M memang terkenal dengan Damage free hang. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk. Tapi kalau untuk tujuan gantung bingkai gambar, jenis strips yang paling sesuai untuk digunakan.

Command strips mampu memegang beban sehingga 7.5 kg. Jadi pastikan saiz strips yang digunakan bersesuaian dengan beban bingkai gambar yang akan di lekat pada dinding. Selain itu juga, Command strips ini mudah untuk dibersihkan semula.

3. Adhesive hook 

Penyangkut dinding yang bergam atau adhesive hook  memang banyak di pasaran. Tapi ramai yang lebih gemar membeli yang murah-murah. Yang murah kebiasaannya akan menggunakan gam tidak berkualiti. Itu jadinya gantung sehelai tuala pun tidak tahan lama.

Cari lah yang lebih berkualiti untuk dapatkan hasil yang baik. Ada juga adhesive hook yang di sertakan dengan gam yang perlu dipanaskan terlebih dahulu. Ha… yang ini pun bagus juga.

Gantung Bingkai Gambar Tanpa Perlu Paku Dan Tebuk Lubang, Ini 4 Trik!

4. Decorative tape 

Decorative tape seperti washi tape dan duct tape bercorak pun sesuai untuk anda abadikan kepingan gambar di dinding. Yang ini lagi jimat. tidak perlu buat frame mahal-mahal. Anda gunakan washi tape tadi sebagai pengganti bingkai gambar.

Tapi kalau anda gunakan duct tape, untuk tujuan membersih agak sukar sedikit. Ini disebabkan oleh gam pada duct tape memang betul-betul kuat dan ia dikategorikan sebagai gam kalis air. Kalau di tanggalkan, akan meninggalkan kotoran gamnya. Namun tidak bagi washi tape.

 

IMPIANA : Lepas ni anda boleh menggantung bingkai gambar dengan mudah tanpa perlu risau tentang merosakkan dinding rumah. Selamat mencuba!

Mesti Baca:5 Kesilapan Besar Yang Wajib Anda Jauhi Ketika Mengubahsuai Rumah
Baca Lagi Di Sini:Ubahsuai Rumah Flat 30 Tahun Dengan Sentuhan Kontemporari Dan Tropikal Ini menarik!
Artikel Menarik:Sebelum Pindah Masuk Atau Ubahsuai Rumah Baru, Wajib Periksa 10 “Defect” Ni Dulu

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply