Khairul Aming Belum Bersedia Kahwin, Terima Ratusan Resume Nak Jadi Isterinya

Orangnya hebat, pasti ramai yang menunggu! Inilah rezeki pempengaruh popular, Khairul Aming dalam dunia bisnes dan apabila disoal tentang rumah tangga, katanya masih belum terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat.

Khairul Aming Belum Bersedia Kahwin

Meskipun setiap hari menerima ratusan permohonan untuk menjadi isteri di media sosial, pempengaruh popular Khairul Aming.

Jelas Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 32, fokusnya lebih tertumpu kepada menguruskan perniagaan dan kerjaya sebagai pencipta kandungan buat masa sekarang.

“Boleh dikatakan hampir setiap hari saya menerima ratusan mesej (DM) di media sosial dan e-mel resume bertanya untuk menjadi isteri.

“Agak mengejutkan juga, tetapi itulah yang berlaku. Walaupun orang kata seperti perigi cari timba, tetapi saya sangat kagum dengan keberanian mereka untuk bertanya.

“Tetapi sayangnya tuan badan pula yang tidak sempat untuk memikirkan soal pasangan apatah lagi berkahwin,” katanya lagi.

Keluarga Faham, Tak Desak Suruh Berumah Tangga

Khairul Aming turut memberitahu dia bersyukur apabila keluarga juga tidak mendesak untuk dia segera mendirikan rumah tangga.

“Alhamdulillah keluarga memahami kesibukan jadual kerja saya yang ingin menguruskan kilang, pekerja, produk dan konten.

“Walaupun sebelum ini ada keluarga bertanya, tetapi sekarang mereka serahkan semua itu kepada saya dan sudah mula kurang bertanyakan soalan bila ingin berkahwin,” katanya.

Sebelum ini timbul dakwaan mengatakan dirinya sudah mempunyai kekasih selepas tular sebuah video menunjukkan dia berbual mesra dengan seorang wanita di sebuah kafe.

Namun Khairul Aming menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan wanita terbabit hanya seorang peminat yang ingin merakam video TikTok bersama.

Kredit gambar: Khairul Aming

Sumber: Kosmo!

Sertai Malaysia #QuranHour 2024 30 Ogos Ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply