Kuih Bengkang Beras Gula Merah Resipi Orang Lama, Hanya Guna 5 Bahan

Bagi penggemar hidangan kuih muih tradisional, pastinya menyukai rasa Kuih Bengkang Beras Gula Merah. Sangat sedap! Rasanya yang lemak manis memang buat tak puas makan. Nak cuba buat sendiri? Saudari Rohani Ronnie ada kongsikan resipinya. Jom lihat cara-caranya.

RESIPI KUIH BENGKANG BERAS GULA MERAH YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras – direndambeli online disini
1 cawan tepung beras beli online disini
1 cawan air gula merah beli online disini
Gula pasir ikut manis
5 cawan santan
Secubit garam untuk rasa sedikit lemak
CARA MEMASAK:
1.Rendam beras selama 3 jam dan kisar dengan 1 cawan air hingga halus.
2. Masukkan air gula merah, santan, tepung beras dan secubit garam. Kacau hingga sebati dan tak berketul.
3. Masukkan adunan dalam periuk, kacau di atas api sederhana panas hingga kental.
4. Ambil loyang atau dulang pembakar. Sapu sedikit minyak dan panaskan seketika loyang tersebut di dalam ketuhar.
5. Bila adunan sudah kental, tuang ke dalam dulang atau loyang pembakar yang telah dipanaskan sekejap tadi.
6. Ratakan adunan dan letak sedikit minyak di permukaan adunan supaya bila dibakar, bahagian atas kuih akan garing.
7. Bakar pada suhu 180C hingga masak.

8. Bila kuih telah masak, biarkan hingga betul-betul sejuk sebelum dipotong. Potong semasa telah sejuk untuk mendapatkan potongan yang cantik dan licin.

INFO: Kalau nak kuih cantik licin bila dipotong, biasanya buat kuih waktu malam dan esok pagi baru potong. Memang cantik dan licin hasilnya.

Kredit resipi & foto: Rohani Ronnie

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Ayam Masak Bawang Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

Resipi Ayam Sweet Sour Chinese Style Yang Sedap & Mudah

Resipi Kek Keju Meleleh Pandan Kukus. Lembut Gebu Memang Sedap

Cara Mudah Buat Whipping Cream Secara Homemade

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Comments

Leave a Reply