Mawar Karim Akui Harus Kental! Semakin Matang Sejak Kelola Bisnes Tudung Dan Emas!

Siapa tidak kenal dengan jenama tudung Fareeda yang penah mencipta fenomena serta cukup eksklusif dan terkenal suatu ketika dahulu. Malah, jenama ini sempat menjadi rebutan khususnya di kalangan hijabi meski harganya mencecah ratusan ringgit sehelai.

Bahkan setiap kali koleksi terkini dilancarkan peminat jenama tersebut sanggup ‘berkampung’ dan berbaris panjang di hadapan butik demi menjadi pemilik terawal tudung Fareeda.

Bisnes Tudung Fareeda Kian ‘Merundum’ Sejak Covid-19 Yang Lalu

Memang luar biasa penangan bisnes usahawan kelahiran Pulau Pinang, Faridah Zakaria!

Empayar niaga yang diasaskan pada tahun 2006 oleh Faridah Zakaria ini nyata mencetus fenomena dalam sejarah fesyen muslimah tanah air.

Pada tahun 2016 jenama Fareeda viral apabila dipercayai ribuan orang menyerbu dan berhimpit-himpit memasuki butik Fareeda sampai mencetuskan ketegangan.

Waktu itu, anak perempuan pengasasnya iaitu Mawar Abdul Karim yang menjadi wajah rasmi Fareeda menjadi perhatian ramai dan popular. Tambahan pula, rupa paras cantik Mawar dan berita perkahwinannya dengan pelakon kacak, Fizo Omar pada tahun 2013.

Namun kini sambutan terhadap tudung itu tidak lagi semeriah dulu. Pun begitu, Mawar setia menggayakan koleksi Fareeda Group.

Mawar Cabar Diri, Ceburi Bisnes Barang Kemas

Walau bisnes yang diusahakan ibu tersayang terjejas akibat Covid-19 namun Mawar selaku ahli perniagaan enggan mengalah dan terus melangkah dengan membuka cabang bisnes baharu antaranya barangan kemas.

Dia yang genap berusia 35 tahun pada 5 Jun lepas dilihat makin matang dan tenang mengemudi perniagaan. Apatah lagi sejak kehadiran cahaya mata tunggal iaitu Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Biarpun perkahwinan yang dibina tidak berkekalan namun sebagai ibu tunggal, Mawar kental mendepani cabaran hidup dan berdikari membesarkan anak tersayang.

Malah, dia turut mengikuti pengajian Jewellery di University of the Arts London demi menambah pengetahuan dalam bidang yang diceburi.

Bersandarkan pengaruh dan pengikut mencecah jutaan orang di media sosial, tidak hairanlah apa saja produk diusahawan Mawar mendapat sambutan peminat.

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply