PASHA UNGU & Isteri Terima Ijazah Serentak, Kini Bergelar Graduan Undang-Undang

Tumpang gembira melihat kejayaan yang dikecapi oleh pasangan selebriti tersohor Indonesia ini. Pasha Ungu dan isterinya Adelia Wilhelmina baharu saja berjaya menamatkan pengajian bersama setelah melalui tujuh tahun tempoh pengajian di universiti. Paling manis, mereka berjaya lulus dan bergraduasi bersama-sama.

Kredit Foto: pashaungu_vm

Kredit Foto: pashaungu_vm

Kedua-duanya mengikuti pengajian peringkat Ijazah di Fakulti Undang-undang, Universiti Tadulako, Palu, Sulawesi Tengah.

Kredit Foto: pashaungu_vm

Setelah tujuh tahun melalui pelbagai cabaran dalam pengajian, Pasha dan Adelia akhirnya berjaya bergelar graduan undang-undang.

Lebih manis, kedua-duanya lulus dan tamat pengajian bersama.

Kredit Foto: pashaungu_vm

Perkhabaran gembira ini dikongsi oleh Pasha di Instagram peribadinya baru-baru ini.

Dalam hantaran tersebut, Pasha memuat naik video ketika dia menghadiri majlis graduasi bersama isterinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sigit purnomo said,S.AP (@pashaungu_vm)

Kelihatan Pasha dan Adelia dipanggil ke hadapan untuk menerima penganugerahan masing-masing.

Seperti graduan-graduan lain, Pasha dan Adelia tampil kemas dalam persalinan jubah khas.

Kredit Foto: pashaungu_vm

Adelia kelihatan sangat cantik apabila memakai tudung warna baby pink. Walaupun bersolek ringkas, Adelia tetap kelihatan menawan persis anak dara!

Kredit Foto: pashaungu_vm

BACA JUGA: Dulu Aktif Hiburan & Politik, Kini ADELIA PASHA Terjun Ke Bisnes Modest Fashion

Manakala Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Syamsuddin Said tampil segak dengan cermin mata dan kasut hitam.

Kredit Foto: pashaungu_vm

Selepas menerima penganugerahan, mereka kemudiannya bergambar bersama. Riak gembira terpancar pada wajah pasangan secocok ini.

“Satu demi satu impian tercapai,” tulis Pasha.

“Bismillah, suamiku sayang,” tambah Adelia.

Kredit Foto: pashaungu_vm

Rata-rata para pengikut serta peminat menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan ini yang turut aktif dalam lapangan politik.

Sedikit sebanyak, kejayaan itu menjadi inspirasi dan pencetus semangat buat mereka.

Kredit Foto: pashaungu_vm

Kredit Foto: pashaungu_vm

Hijabista mendoakan agar Pasha dan Adelia terus sukses seterusnya tercapai segala impian bersama.

Comments

Leave a Reply