Majlis Akad Nikah Tengku Puteri Afzan Malam Ini, Air Tangan Tunku Azizah Jadi Tumpuan

Perkahwinan puteri Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar bakal bermula di Istana Abdulaziz malam ini cukup dinanti-nantikan orang ramai.

Majlis Akad Nikah Tengku Puteri Afzan

Pastinya rakyat Pahang turut bersiap-sedia kerana tontonan secara langsung akan disediakan buat rakyat jelata serta ada sambutan.

Persiapan Kahwin, Tunku Azizah Masak Menu Hidangan

Acar buah cheminahsayang sudah siap. Saya masak sendiri untuk jamuan perkhawinan anak saya. Esok nak buat icecream pulak!

Tular sebuah video di laman Tiktok yang menyaksikan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempat berkongsi tentang persiapan perkahwinan diraja Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Waktu itu ramai yang tertanya-tanya tentang berita perkahwinan diraja itu.

Namun perkara ini tidak menjadi persoalan lagi apabila Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya, mengeluarkan kenyataan bahawa istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung pada tiga hari iaitu 22, 23 dan 25 Ogos ini.

Menurut jadual, majlis akad nikah diadakan pada malam ini diikuti majlis berinai pada Jumaat malam ini dan bersanding pada Ahad.

Kesemua istiadat itu dijadualkan pada 8 malam dan disiarkan secara langsung menerusi dua layar besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan satu di Tasik KotaSAS. Malah, pelbagai acara menarik akan turut dianjurkan di kedua-dua lokasi terbabit sepanjang istiadat.

Ada juga hantaran di laman Tiktok milih Tunku Azizah @cmspahang, menunjukkan baginda telah menyiapkan beberapa menu homemade seperti aiskrim strawberry, aiskrim durian dan acar buah Pahang yang popular. Banyak juga menu yang dibuat dengan air tangannya sendiri. Meriah!

Apa pun kita sama-sama menanti majlisnya malam nanti, moga dipermudahkan segala urusan perkahwinan kerabat Diraja Pahang kali ini.

Kredit gambar: Tiktok Tengku Ampuan Pahang

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply