Kembali Tular, Pengarah Filem Saran Wanita Sentiasa Bawa Kondom. Beri Kerjasama Elak Mati Dirogol

Biarpun cadangan memalukan ini berlaku lebih 5 tahun lalu, namun hantaran yang dibuat pengarah filem Telugu, Daniel Shravan kembali menjadi tular di media sosial berikutan kes rogol dan bunuh seorang doktor pelatih di India baru- baru ini.

Peristiwa malang yang menimpa doktor pelatih berusia 31 tahun ini menyamai kes yang terjadi kepada doktor haiwan, Priyanka Reddy yang meninggal dunia atas sebab yang sama pada tahun 2019.

Berikutan kes itu Daniel Shravan memberikan saranan yang cukup menjengkelkan kepada kerajaan India dan juga wanita.

“Kerajaan patut menggalakkan undang-undang skim rogol tanpa keganasan (tiada pembunuhan selepas rogol. Wanita berusia 18 tahun ke atas patut diajar tentang rogol. Hanya dengan ini perkara tidak diingini tidak akan terjadi.

“Terutamanya wanita India harus faham tentang pendidikan seks, bawa kondom dan dental dam. Logik ringkas, bila kehendak seksual dipenuhi lelaki tidak akan membunuh.

“Kerajaan harus meluluskan undang-undang seperti ini untuk mengawal kematian selepas rogol,” tulisnya dalam satu hantaran di media sosial yang kemudian telah dipadamkan.

Dikecam hebat oleh pelbagai lapisan masyarakat, menurut laporan media tempatan Daniel Shravan kemudiannya memohon maaf atas ketelanjuran kata-katanya.

“Saya ingin menulis permohonan maaf kerana menyiarkan komen yang tidak masuk akal mengenai isu sosial yang sensitif dan menyesal menyiarkannya dan tidak akan mengulanginya.

“Saya menulis dialog tersebut sebagai sebahagian daripada watak filem ( Villian ) yang saya akan saya arahkan yang disalah erti oleh penonton. Saya minta maaf kerana itu bukan Pendapat saya. Saya mohon maaf atas salah faham ini,” ujarnya.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Posted

in

, , ,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply