“Setiap Orang Ada Titik Permulaan, Rose Berharap Agar.. – Sharifah Rose

Nama Sharifah Rose kini bukanlah satu nama asing bagi industri hiburan tanah air, pemilik nama penuh Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira ini adalah seorang pempengaruh media sosial, model dan pelakon wanita Malaysia.

Lebih menarik lagi, gadis cantik berusia 25 tahun ini rupanya adalah gadis kacukkan yang berketurunan Melayu, Pakistan dan Jawa. Sharifah Rose memulakan karier awalnya sebagai model dan pempengaruh media sosial sekitar tahun 2016.

Populariti Sharifah Rose Kian Memuncak

Screenshot

Tiga tahun kemudian, Sharifah Rose membuat kemunculan sulung menerusi muzik video berjudul “Vromm Vromm” nyanyian Nabila Razali. Kini Sharifah Rose terus mengorak langkah dalam industri sebagai anak seni.

Antara drama yang telah melonjakkan namanya sebagai pelakon muda berbakat ialah Kekasih Hati Mr Bodyguard.

Ternyata usahanya selama ini membuahkan hasil, apabila dia dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Telenovela Popular 2021 di Anugerah Telenovela. Bagaimanapun, enggan mendabik dada Rose berharap agar anugerah yang diterimanya menjadi sebuah permulaan yang baik bagi kerjaya seninya.

“Setiap orang ada titik permulaanya di mana sokongan peminat mampu memberi semangat untuk berusaha melakukan yang sebaik mungkin.

“Rose berharap agar bakat-bakat baru dalam industri ini diterima baik dan diberi peluang untuk berjaya bersama bintang-bintang handalan.

“Kejayaaan ini adalah kejayaan kita bersama dan Rose pasti dengan kemenangan ini kita dapat memberikan inspirasi kepada satu sama lain.”

 

‘Natural Beauty’

Terdahulu, Sharifah Rose ada berkongsi satu video tutorial makeup di Instagram. Video tersebut telah mendapat lebih 7 ribu tanda suka.

Sambil tersemyum manis, Sharifah Rose memulakan tutorial dengan wajah yang polos. Memang natural beauty!

Ramai yang terpegun dengan kecantikan asli Sharifah Rose. Bertuahnya Sharifah Rose memiliki kulit wajah yang segar, sihat dan bersih tanpa sebarang masalah kulit.

Di ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminatnya memuji kecantikan yang dimiliki Sharifah Rose.

Tak ketinggalan, rakan-rakan artis turut meninggalkan komen-komen pujian buat Sharifah Rose antaranya Mawar Rashid dan Nabila Razali.

Usahawan Tudung

Siapa sangka, dalam kesibukannya sebagai seorang model, influencer dan pelakon, Sharifah Rose turut memiliki koleksi tudung jenamanya sendiri iaitu Harirose.

Jenama tudungnya itu mula berada di pasaran pada awal 2022 sebagai urban modest scarf. Ia mensasarkan golongan yang sudah lama bertudung dan pertama kali mengenakan tudung.

Semoga Sharifah Rose terus sukses sebagai seorang pelakon yang ‘versatile’ seterusnya maju dalam bisnes.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

Kredit Foto: Instagram Sharifah Rose

Comments

Leave a Reply