Mpox Kini Sudah Sampai Di Thailand, Bahaya Jangkitan Cacar Monyet Yang Sedang Menular!

Jika sebelum ini, negara jiran kita Indonesia dilaporkan dikesan kes cacar monyet atau mpox. Terkini, di Thailand pula dikesan melibatkan seorang lelaki Eropah yang tiba dari Afrika minggu lalu dan sedang menunggu keputusan ujian untuk menentukan mutasi.

ARTIKEL BERKAITAN : Wabak Cacar Monyet Kini Di Singapura, 7 Tanda & Gejala Perlu Ambil Tahu

GAMBAR yang dirakam pada 1996 di Congo memaparkan tangan pesakit cacar monyet. FOTO REUTERS GAMBAR yang dirakam pada 1996 di Congo memaparkan tangan pesakit cacar monyet. FOTO REUTERS

Pihak berkuasa Thai menganggap kes itu adalah mutasi Clade 1 mpox, kerana individu berkenaan seorang lelaki Eropah berusia 66 tahun yang bermastautin di Thailand.

Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia kini sedang meningkatkan pengawasan dan aktiviti advokasi terhadap mpox selepas WHO mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam golobal.

Fakta Tentang mpox?

Mpox merupakan penyakit yang berpunca dari wabak cacar monyet. Ini merupakan jangkitan virus yang boleh merebak dan menjangkiti orang lain melalui kontak rapat dan kadang-kadang dari persekitaran, barang dan permukaan yang telah disentuh oleh orang yang menghidap mpox.

Sekiranya virus mpox ini wujud pada haiwan liar, ia juga boleh menjangkiti manusia yang menyentuhnya.

Simptom mpox

Mpox boleh menyebabkan pelbagai tanda-tanda dan simptom. Ada orang yang mempunyai simptom yang sedikit dan ada juga yang mengalami simptom serius sehingga memerlukan rawatan di pusat kesihatan.

  • Simptom mpox ini termasuklah ruam pada badan selama 2 ke 4 minggu yang mungkin dimulakan atau diikuti dengan demam, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang, kurang bertenaga atau kelenjar bengkak.
  • Ruam ini pula akan kelihatan seperti lepuh atau luka di bahagian muka, tapak tangan, tapak kaki dan di sekitar kawasan alat sulit. Ia juga boleh ditemui di dalam mulut, tekak, anus, rektum, faraj atau mata.

simptom mpox simptom mpox

Dalam kebanyakan kes, simptom mpox ini boleh pulih sendiri dalam masa beberapa minggu dengan jagaan yang betul seperti bantuan ubat sakit atau demam. Tapi untuk sesetengah orang, penyakit ini boleh menjadi teruk sehingga menyebabkan komplikasi atau kematian.

Bayi baru lahir, kanak-kaak dan wanita mengandung serta orang yang mempunyai kekurangan imunisasi berpunca dari penyakit HIV merupakan individu yang berisiko tinggi untuk mengalami mpox yang teruk serta kematian.

Macam mana mpox menular?

  • Mpox boleh merebak dari individu ke individu melalui:
    • Hubungan rapat termasuk sentuhan kulit ke kulit.
    • Sentuhan mulut ke mulut atau mulut ke kulit.
    • Berdekatan dengan seseorang yang mempunyai mpox.
  • Semasa penularan global pada tahun 2022, virus ini kebanyakannya merebak melalui hubungan seksual.
  • Orang yang dijangkiti mpox dianggap berjangkit sehingga:
    • Semua luka mereka telah kering.
    • Kudis telah jatuh.
    • Lapisan kulit baru telah terbentuk di bawahnya.
    • Semua luka di mata dan seluruh badan telah sembuh.
  • Virus ini juga boleh berada di permukaan untuk suatu jangka masa dan menjangkiti orang yang menyentuhnya, terutamanya jika:
    • Seseorang itu mempunyai luka.
    • Menyentuh mata, hidung, mulut, atau sebarang rongga terbuka dengan tangan.
  • Mpox juga boleh dijangkiti dari ibu mengandung kepada anak di dalam kandungan:
    • Semasa mengandung.
    • Selepas bersalin melalui sentuhan kulit ke kulit.

Kalau korang nak tahu, sebeum ini Malaysia pernah merekodkan sebanyak sembilan kes mpox di mana kes pertama telah dikesan pada 26 Julai 2023 dan kes terakhir dikesan pada November tahun yang sama. Kesemua kes ini mempunyai sejarah aktiviti berisiko tinggi dan telah pun pulih tanpa kematian direkodkan.

BACA LAGI: Kajian Bukti 95% Kes Cacar Monyet Berpunca Dari Aktiviti Seksual, Tertumpu Pada Kaum Lelaki

Sumber: WHOBernamaThe Star

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply