Motif batik & songket jadi elemen utama Variante. Fesyen sesuai wanita berhijab

Siapa sangka, koleksi  The Runway Collection 2025: A Celebration of Grace, Variante di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) baru-baru ini memperlihatkan deretan busana muslimah hasil sentuhan magis seorang pereka fesyen bernama Leslie Variyan.

Leslie yang juga merupakan pengasas dan Pengarah Urusan dan Kreatif Variante, berkata jenama fesyen untuk wanita itu telah bertapak sejak lebih 20 tahun dan mempunyai pelbagai koleksi untuk setiap lapisan wanita.

Malah rekaan terkini diinspirasikan daripada warisan budaya seperti songket dan batik diperkemaskan lagi dengan sentuhan terperinci bagi 25 busana yang diperagakan di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) baru-baru ini.

Menurut Leslie lagi, Variante telah bersama KL Fashion Week selama 12 tahun dan tahun ini koleksi Variante bertemakan A Celebration of Grace.

“Tema itu dipilih memandangkan kami menggabungkan elemen lembut dan ‘strong’, maskulin dan feminin untuk menghasilkan busana yang anggun. Untuk koleksi kali ini,  saya menggunakan motif batik dan songket dalam tekapan di mana saya terinspirasi dengan tenunan batik di Terengganu,” katanya.

Fesyen Pilihan Wanita Muslimah

Ketika ditemui usai pertunjukan fesyen baru-baru ini, Leslie  melahirkan rasa bangga dengan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia  yang dapat diterjemahkan dalam koleksi rekaan Variante dan disesuaikan dengan pemakaian wanita Muslimah.

“Malaysia punya pelbagai diversiti budaya dan ia diterjemahkan dengan baik dalam fesyen. Variante meraikan semua golongan wanita dan koleksi yang kami tampilkan juga sopan dan elegan”.

“Rekaan Variante merupakan buah tangan saya buat wanita di Malaysia di mana saya mahu koleksi yang mudah untuk digayakan, selesa dengan harga yang berpatutan,” kata Leslie lagi.

Koleksi A Celebration of Grace mengetengahkan perincian yang besar di bahagian lengan, dengan sedikit sentuhan drama bagi menambah nilai keanggunan dan keyakinan diri buat si pemakai. Ia diserikan pula dengan penggunaan rona warna pelbagai dan fabrik yang berstruktur menjadikan koleksi Variante antara yang paling menonjol di KLFW2024 baru-baru ini.

Sudah lebih 20 tahun bertapak dalam inudtsri fesyen di Malaysia, Leslie turut menyatakan hasrat untuk membawa jenama Variante ke peringkat global.

“Apa yang membanggakan saya, jenama Variante turut mendapat tempat di hati peminat luar negara terutamanya dari Asia Tengah, Indonesia dan China. Ramai pelancong luar terutama wanita Muslim sukakan koleksi Variante kerana kesopanan dan anggun apabila digayakan,”ujarnya mengakhiri perbualan.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply