Beauty Hijabi With Brains, Ayuh Sertai Gelombang Malaysia #QuranHour 2024

Selain persiapan meraikan Hari Kemerdekaan ke-67 ini, golongan beauty hijabi with brains dipelawa sertai gelombang Malaysia #QuranHour 2024 pada 30 Ogos ini.

Malaysia #QuranHour kali ke-10 ini bertemakan “Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara” dengan berpandukan Surah al-Jumu’ah dan Surah al-Hujurat dengan tujuan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat melalui penghayatan Rukun Negara dan nilai-nilai murni dalam al-Quran dan Sunnah.

Program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal ini diadakan serentak di seluruh negara dan bersiaran langsung dari lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada pukul 10 pagi hingga 11 pagi, 30 Ogos 2024.

QuranHour

 

QuranHour

 

QuranHour

 

HIJABI WITH BRAINS

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, kerjasama dengan pelbagai organisasi telah menjadi tulang belakang kejayaan program ini.

Penglibatan dari agensi media, kerajaan, korporat, NGO dan institusi pendidikan dalam menggelombangkan #QuranHour telah membuktikan komitmen dalam penyatuan rakyat.

“Penyatuan media dengan al-Quran bermula 2015 hingga kini, kempen #QuranHour iaitu World #QuranHour, Arafah #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranHour telah mencatatkan keseluruhannya 7.3 bilion capaian sosial dan 76 negara.”

Sebagai rakan penting untuk menjayakan Malaysia #QuranHour 2024, Hijabista melalui Nu Ideaktiv terpanggil untuk mengajak seluruh followers wanita beragama Islam untuk bersama-sama menyertai program di atas.

QuranHour

 

QuranHour

 

Antara wakil media seperti Astro Oasis, TV Alhijrah, TV9, Astro Awani, RTM, Bernama, Utusan TV, Utusan Malaysia, Sinar Harian, IKIM FM, Media Prima, New Straits Times Press (NSTP), Zayan FM dan Denaihati.com.

Malaysia #QuranHour yang bertemakan Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara membawa maksud bebas daripada perhambaan terhadap sesama manusia kepada perhambaan terhadap sesame manusia kepada perhambaan kepada ALLAH SWT; bebas daripada kesempitan dunia kepada keluasannya; bebas daripada kezaliman kepada keadilan Islam (rujukan Kitab Al-Bidayah Wa Al-Nihayah).

Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum, agama dan budaya. Sekiranya rakyat faham makna Rukun Negara dan mengamalkannya, ia mampu mencapai kemakmuran negara.

Surah Al-Jumu’ah menjadi panduan dan solusi umum untuk mengangkat nilai-nilai murni dalam agama Islam sebagai agama Persekutuan. Manakala Surah Al-Hujurat yang disinonimkan dengan al-akhlak wal adab (akhlak dan adab) menjadi panduan dan solusi kepada permasalahan tersebut dan Sunnah Rasulullah SAW membina akhlak dan peradaban diri perlu direalisasikan untuk mencapai kesejahteraan rakyat dan negara.

Jom sis, ayuh kita sertai Malaysia #QuranHour, daftar dan hadir sebagai peserta di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 10 pagi hingga 11 pagi, 30 Ogos 2024, Jumaat di https://bit.ly/KEHADIRANMQH2024!

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/event-of-the-year-content-creator-sebenar-mesti-datang-mydcf-2024-ini/


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply