Burger Ayam Crispy Korea Cheese Banjir ni memang mantap. Ada kombinasi rasa keju dan pedas yang memikat selera. Ayam garing dengan sos Korea pedas dan tambah pula dengan Keju Chesdale Burger yang memeleh, memang terbaik. Setiap gigitan buat rasa nak tambah lagi. Lagi best kalau minum dengan Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Mango ni. Sejuk dan menyegarkan. Confirm tersandar lepas makan. Jom cuba!
BURGER AYAM CRISPY KOREA CHEESE BANJIR
BAHAN-BAHAN A:
- 2 keping dada ayam
- 2 biji telur – pukul pakai garfu
- 2 sudu makan tepung jagung
- 2 sudu makan tepung beras
- 1 sudu makan serbuk cili korea
- 1 sudu makan + 1 sudu teh serbuk cili
- Garam & lada sulah secukupnya
- Bahan-bahan lain:
- 10-12 keping Chesdale Burger
- 2 biji roti bulat – belah tengah
- Hirisan salad secukupnya
- Sos cili/tomato secukupnya
- Anchor Unsalted Butter
- 2-3 sudu makan sos cili korea
CARA MEMASAK:
- Dada ayam diketuk/leperkan menggunakan pengetuk daging lalu tabur dengan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk; satukan tepung beras, tepung jagung, serbuk cili korea dan 1 sudu makan serbuk cili. Tambah sedikit garam lalu gaul sebati.
- Ambil sekeping dada ayam lalu celup dalam bancuhan telur kemudian lumurkan dalam campuran tepung tadi hingga rata.
- Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali. Goreng dada ayam yang telah disalut tepung tadi hingga garing dan keperang-perangan. Toskan lebihan minyak.
- Di dalam kuali kecil; letak 3-4 keping Chesdale Burger dan 1 sudu teh serbuk cili lalu cairkan sepenuhnya. Ketepikan.
- Sapu sedikit Anchor Unsalted Butter pada roti lalu gril kan sekejap.
- Untuk membuat burger; Letak sekeping Chesdale Burger atas roti. Kemudian letak kepingan ayam goreng, tuang sos cili korea serta cairan keju Chesdale Burger ke atas ayam sepenuhnya hingga meleleh, letak hirisan salad dan sos cili/tomato secukupnya. Letak sekeping lagi Chesdale Burger lalu tutup dengan sekeping lagi roti. Hidangkan.
- Nak lebih enak dan berkhasiat, hidangkan bersama Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Mango.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Burger Tofu Perisa Kari Cheese Leleh, Resipi Sihat Untuk Anda
Cara Buat Burger Salmon Cheese Banjir Di Rumah. Mudah & Sedap!
Resipi Burger Ayam Rangup Bersama Salad Mangga. Enak Hingga Menjilat Jari
Resipi Burger Ayam Chimicuri Sos Cheese Yang Enak. Memang Padu!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.