NABILA RAZALI Mohon Maaf, Akui Silap Benarkan Ibu Pandu Kereta Tanpa LKM & Insurans

Baru-baru ini, terpalit satu kontroversi melibatkan penyanyi dan pelakon Nabila Razali berhubung isu memandu kereta dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans. Nabila Razali tampil memohon maaf dan akui kesilapan.

Kredit Foto: nabila.razali

Nabila Razali tampil memohon maaf berhubung empat pertuduhan membenarkan dan memandu kereta dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans pada Januari lalu.

Kredit Foto: nabila.razali

Ekoran isu itu, Nabila Razali atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali bersama ibunya Shamsidah Abdul Rahman didenda RM480 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NABILA RAZALI (@nabila.razali)

Enggan memanjangkan isu tersebut, penyanyi lagu ‘Tangis’ ini memohon orang ramai agar tidak mensensasikan perkara itu.

“Sebenarnya kereta itu saya hadiahkan kepada ibu dan masih atas nama saya. Jadi, apabila terdapat kesalahan jalan raya membabitkan kenderaan itu sekali gus sebagai pemilik saya terpalit juga.

“Diakui pada hari kejadian kereta itu memang dipandu ibu. Perkara ini juga sudah dibawa ke mahkamah dan ibu mengaku salah selaku orang kena saman (OKS).”

BACA JUGA: Makin Berseri-Seri Sejak Kahwin, Ini Rutin Skincare NABILA RAZALI Yang Diamalkan Sejak Bujang

BACA JUGA: Hanya Sekali Lafaz NABILA RAZALI Selamat Bergelar Isteri, Kini Milik Businessman Kacak!

Nabila Razali berharap semoga kejadian itu bukan sahaja menjadi pengajaran buat dirinya dan ibu bahkan juga seluruh rakyat Malaysia.

“Sekali lagi, sebagai pemilik kereta ini saya mohon maaf,” katanya.

Kredit Foto: nabila.razali

Mengikut pertuduhan, sebagai pemilik kereta Nabila Razali didapati membenarkan ibunya menggunakan kenderaan itu dengan LKM tamat tempoh pada 29 September lalu dan tanpa polisi insurans bagi pihak ketiga.

Semoga dimudahkan urusan Nabila Razali dan keadaan kembali jernih seperti sediakala.

Comments

Leave a Reply