Jennifer Lopez Fail Perceraian, Tekad Berpisah Dengan Ben Affleck

Hubungan pasangan ikonik Hollywood, Jennifer Lopez dan Ben Affleck akhirnya menemui titik noktah apabila Jennifer di laporkan telah memfailkan perceraian di Mahkamah Tinggi Los Angeles.

Pemfailan perceraian itu telah dilakukan pada Selasa, 20 Ogos 2024, tepat dua tahun ulang tahun perkahwinan mereka.

Sebelum ini mereka telah mengikat tali pernikahan pada tarikh yang sama pada 2022 di Riceboro, Georgia dalam satu majlis penuh privasi yang hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Desas desus mengenai hubungan mereka yang semakin retak bermula apabila pasangan ini tidak lagi dilihat bersama dalam majlis yang mereka hadiri.

BACA JUGA: Bekas Suami Jennifer Lopez Pilih Naib Juara Miss Universe 2021 Sebagai Isteri. Beza Umur 31 Tahun

Kemudian, keputusan untuk menjual kediaman mewah mereka  bernilai $61 juta yang terletak di Beverly Hills pada tahun lalu menjadikan status perkahwinan mereka satu tanda tanya.

Imbas kembali, hubungan di antara Jennifer dan Ben bukanlah asing. Pasangan yang dilihat cukup sepadan ini bertemu di penggambaran filem Gigli pada 2001 dan mula menjalin cinta.

Mereka kemudian bertunang pada tahun 2002 sebelum putus pada tahun 2004.  Lebih 18 tahun kemudian hubungan mereka kembali terjalin dan melunaskan janji dengan bernikah.

Perceraian mereka menandakan satu lagi kisah cinta antara dua bintang terkenal yang telah menjadi tumpuan selama beberapa dekad berhujung dengan tragedi perceraian.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan


Posted

in

, , , ,

by

Comments

Leave a Reply