Kanak-kanak Hilang 11 Jam Dalam Lif, Ini Tip Jika Terperangkap!

Setiap kali menggunakan lif, pasti ada dalam kalangan kita yang risau sekiranya terjadi kejadian buruk yang tidak disangka-sangka.

Terbaharu, malang menimpa dua kanak-kanak bernama Faiq Adiwira, 11, bersama rakannya, Absyar yang berusia 10 tahun terdahulu dikongsikan ibu Faiq, Fospaliza Md Sariff.

Gagal mengesan keberadaan Faiq dan Absyar yang keluar dari rumah pada jam 2.15 petang untuk membeli pau, Fospaliza terdahulu memuat naik hantaran memohon bantuan orang ramai.

“Budak hilang. Hari ini 19 Ogos 2024 anak saya Faiq Adiwira berusia 11 tahun pada pukul 2 lebih keluar membeli pau sebelah Zam Burger bersama kawannya bernama Absyar berumur 10 tahun.

“Mereka tidak balik pukul 7 malam seperti biasa dan telah cari dalam pukul 7.50 malam.

“Pakaian yang dipakai ialah baju biru dan seluar hitam. Pada jam 12.05 pagi masih belum dijumpai. Hubungi jika ada apa-apa informasi,” katanya.

Bagaimanapun, sejam kemudian Fospaliza memaklumkan Faiq dan Absyar sudah ditemui dalam keadaan selamat. Rupa-rupanya dua sekawan itu didakwa terperangkap di dalam lif selama 11 jam!

“Alhamdulillah selamat sampai rumah. Tersekat dalam lif dari jam 2.15 petang hingga jam 1 pagi. Mereka sudah jerit dan tekan loceng banyak kali,” kongsi Fospaliza yang memuat naik foto kedua-dua mereka sedang menikmati hidangan nasi.

Si ibu turut memaklumkan loceng penggera lif berkenaan berfungsi dengan baik.

Tip Jika Terperangkap Dalam Lif

Perkara yang PERLU dan TIDAK PERLU dilakukan sekiranya anda terperangkap di dalam lif.

lif lif

1. Perkara PERLU dilakukan:

2. Bertenang dan jangan panik;

3. Tekan butang loceng / interkom untuk menarik perhatian serta berkomunikasi dengan petugas bilik kawalan;

4. Hubungi ‘hotline’ yang tertera di dalam lif atau Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) jika tiada respon dari bilik kawalan; dan

5. Tunggu sehingga bantuan tiba.

Perkara yang DILARANG:

2.1. Melompat atau merosakkan peralatan dalam lif;

2.2. Membuka pintu lif secara paksa; dan

2.3. Memanjat keluar melalui siling lif.

Sumber grafik: Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department

Mesti Baca:5 Kesilapan Besar Yang Wajib Anda Jauhi Ketika Mengubahsuai Rumah
Baca Lagi Di Sini:Ubahsuai Rumah Flat 30 Tahun Dengan Sentuhan Kontemporari Dan Tropikal Ini menarik!
Artikel Menarik:Sebelum Pindah Masuk Atau Ubahsuai Rumah Baru, Wajib Periksa 10 “Defect” Ni Dulu

Artikel ini diambil dan diolah dari VK.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply