Rupanya antara tip nak pokok bendi berbuah banyak pada setiap celahan cabangnya, penting sewaktu petik bendi buang sekali daun yang berhampirannya. Tip tanam bendi subur, berbuah banyak ini dikongsikan sendiri oleh Puan Liyana Mohd Poad.
Boleh ikut untuk dijadikan panduan;
Yang suka tanam bendi saya bagi tip supaya bendi berbuah dengan banyak di setiap celah/cabang.
Rujuk gambar untuk tip-tip tersebut.
- Bendi perlu dua perkara yang sangat-sangat utama iaitu air yang banyak dan cahaya yang banyak untuk buah yang banyak.
- Bendi perlu dipetik kurang daripada tempoh seminggu ianya mengeluarkan buah.Jika lebih daripada tempoh ini, bendi akan jadi keras.
- Baja khusus untuk bendi hanyalah baja tinja haiwan. Tak perlu baja mahal mahal kerana bendi senang berbuah dan senang dijaga.
1. Ni namanya bendi renek. Boleh beli biji benih brand BABA. Di luar paketnya ada tulis bendi hijau.Kalau bendi putih dan panjang, itu bendi susu. Ini saya tanam dalam polibag saiz 14″.
2.Di setiap celah ada buah walaupun tingginya hanya lebih kurang 2 kaki. Ketika menyemai, apabila daun sudah ada 3 helai, pindahkan terus ke tempat penuh cahaya. Pokok bendi suka cahaya yang banyak untuk tumbesaran.Saya guna media tanaman tanah organik + cocopeat + pasir.
3.Selepas petik buah, buang sekali daunnya.
4.Ini paling penting. Selepas petik bendi,buang sekali daunnya, jangan tinggalkan di pokok supaya kesemua zat akan sampai ke buah yang berikutnya. Boleh guna pisau atau gunting atau putar dengan tangan.
Selamat Mencuba, semoga bermanfaat.
Baca Lagi Di Sini:Cara Tanam Bendi Dalam Pasu, Pokok Rendang Dan Cepat Berbuah
Mesti Baca:‘Jatuh Cinta’ Bercucuk Tanam, Syafie Naswip Pilih Kaedah Tanaman Pasu
Artikel Menarik:Cara Mudah Tanam Sayur, Sesuai Untuk Rumah Di Bandar
IMPIANA: Jadi selepas ini, jika tanam bendi ikut tip yang dikongsikan ini. Paling penting, bila petik bendi, buang sekali daunnya. Barulah setiap celahan cabang tumbuh bendi baru yang lebih subur, banyak dan gemuk-gemuk.
Sumber: Liyana Mohd Poad
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.