Ikan Siakap Stim Limau Masak dalam kuali pun boleh jadi. Sedap macam kedai Thai tak perlu makan di kedai buat sendiri lagi puas hati.
Ikan Siakap Stim Limau
Bahan-Bahan:
Ikan siakap
Bawang putih
Cili padi
Halia
Limau nipis
Daun Ketumbar
Daun Limau Purut
Kiub Ayam
Sos ikan
Gula
Garam (bila perlu)
Cara-cara:
- Hiris serong serai, halia panjang dan siat2 kan daun limau purut. Kemudian masukkan kedalam perut ikat tu. Korg refer laa gmbr.
- Cincang bawang putih. Hiris cili padi. Hiris daun ketumbar. Perah Limau dan masukkan sos ikan ikot rasa korg. Kemudian masukkan sedikit gula dan daun ketumbar yg dihiris halus. Sye tak letak garam sebab sos ikan dah masin. Dah bancuh, ketepikan dulu ye.
- Masukkan stok ayam/kiub ayam + air dalam kuali. Ikotlaa ske laa nak air bnyk mana.
- Bila air stok ayam dah mendidih, masukkan ikan kedalam kuali. Kemudian tutupkan kuali tu.
- Bagi yg pakai pengukus air stok ayam teros cmpur dgn ikan dan kukus terus mcm biasa. Tak perlu tggu stok ayam mendidih.
- Biarkan ikan tu bersauna dalam 15-20min sehingga dia dah nmpk masak. Kalau tgk x msak lg, tambahlaa masa ye.
- Kalau dah msak, korg masuklah ikan yg dah dimasak dgn air lebihan stok ayam tu ke dalam pinggan yg nak dihidang.
- Then korg curah je bahan bawang putih + cili padi brsame sos ikan dan perahan limau tadi keatas ikan.
- Hias laa ikan anda tu ikot suke korg. Mcm sye campakkan lebihan hirisan halia tadi dekat atas ikan tu. Korang kalau nak campak halia gitu, hiris laa halus lagi ye. Saya malas nak hiris halus lagi
Kredit: Nurul Zattul Iffah Amani
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Resipi Asam Pedas Ikan Mayung Dengan Telur Mayung. Kuah Buat Pekat, Baru Sedap
Ikan Kerisi Masak Kicap Pedas, Makan Dengan Nasi Panas Memang Padu!
Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai, Dapat Yang Ni Confirm Tak Cari Lauk Lain!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.