Hujung bulan waktu poket pun dah menipis, lauk telur ini paling sesuai. Buat pula telur pecah sambal tiga rasa macam ni, lagilah berselera makan. Satu lauk ini pun dah cukup. Jimat bajet kan.
Resipi telur pecah sambal tiga rasa
Bahan-bahan:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji telur ayam
3 sudu cili kering
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 cawan air
Sedikit daun bawang jika ada
Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih yang dihiris halus.
2. Bila sudah kekuningan dan naik bau, masuk 3 sudu cili kering. Tumis lagi sampai pecah minyak.
3. Masuk pula 3 jenis sos iaitu sos tiram, tomato dan cili. Kacau sama rata.
4. Pastikan sambal masak elok dan pecah minyak. Seterusnya masukkan air dan kacau lagi. Tunggu sampai kuah sedikit pekat. Rasa sambal, kalau ada yang kurang boleh tambah gula dan garam.
5. Rasa kuah dah cukup rasa, pecahkan telur. Kemudian tabur daun sup jika ada.
6. Terbalikkan telur kalau suka telur masak sepenuhnya. Tutup api. Siap!
Sumber: Liza Idris
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.