Jom cuba Murtabak Maggi Kari yang sangat sedap, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan perkongsian saudari Noriza Awang Hamat. Bagi anda yang belum ada idea nak masa kapa, boleh cuba menu mudah ini. Campak-campak je guna bahan yang ada di rumah. Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT MURTABAK MAGGI KARI YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi segera perisa kari – beli online disini
Udang – bersih, buang kulit & cincang
Bawang Holland – beli online disini
Sosej – rebus sekejap
3 biji telur
1 keping keju – potong kecil
Cili merah – kalau nak pedas, tambah cili api – hiris
Daun bawang – hiris
Serbuk perasa secukupnya
Marjerin secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Satukan cincangan udang, hirisan bawang holland, hirisan cili, daun bawang dan hirisan sosej.
2. Pecahkan telur dan masukkan perencah mi segara perisa kari. Kacau sebati.
3. Panaskan air dan rebus mi segera sampai lembut. Angkat dan toskan.
3. Masukkan mi segera ke dalam campuran telur tadi dan kacau lagi sampai sebati.
4. Panaskan sedikit marjerin dalam kuali, masukkan campuran mi segera, letak kepingan keju dan biar hingga masak.
5. Bila murtabak maggi kari sudah masak, terbalikkan dan biar masak sempurna.
6. Angkat Murtabak Maggi dan hiaskan dengan mayones dan sos cili. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Noriza Awang Hamat
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kek Keju Meleleh Pandan Kukus. Lembut Gebu Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.