Yoga bukan sahaja sejenis senaman untuk menguatkan badan anda, tetapi ia juga adalah satu teknik untuk bersantai yang boleh mengurangkan sakit kronik.
Yoga juga telah diketahui mempunyai keupayaan untuk menurunkan tekanan darah dan mengurangkan insomnia. Ini manfaat lain Yoga yang anda perlu tahu!
Yoga Dan Kesihatan Lelaki
Yoga Dan Kesihatan Lelaki, Ini 5 Manfaat Senaman Ini Kena Tahu!
1. Membantu Meningkatkan Fleksibiliti
Peningkatan fleksibiliti tubuh adalah manfaat utama yang boleh diperolehi daripada senaman ini. Disebabkan pergerakan tubuh yang terhad, bahagian rawan yang terabai boleh menjadi ‘haus’ dari semasa ke semasa. Sekali gus mengakibatkan masalah seperti artritis, sakit belakang, sakit kronik dan osteoporosis.
Senaman yoga akan memastikan sendi digerakkan sepenuhnya dan membekalkan bahagian rawan yang tidak digunakan dengan nutrien, oksigen dan darah. Amalan asana yoga yang konsisten membantu melonggarkan otot dan tisu di sekeliling tulang dan sendi sambil mengekalkan kekuatan otot. Ia turut meningkatkan fleksibiliti dan melegakan otot yang tegang.
2. Melancarkan Peredaran Darah
Yoga membantu meningkatkan aliran darah beroksigen dalam badan melalui peningkatan tahap hemoglobin dan sel darah merah. Terdapat beberapa posisi yoga yang membantu mengeluarkan darah vena dari organ dan memastikan darah segar dan beroksigen masuk ke dalam badan. Posisi seperti ‘seated spinal twists’ dan ‘revolved side angles’ memberi manfaat kepada cakera tulang belakang dengan meningkatkan aliran darah.
3. Meningkatkan Kesihatan Kardiovaskular
Satu kajian pada 2012 mendedahkan bahawa tempoh senaman yoga yang konsisten dan panjang terbukti meningkatkan daya tahan kardiopulmonari di kalangan orang dewasa. Ketika senaman ini dilakukan, penggunaan oksigen, ambang anaerobik dan laktat darah meningkatkan daya tahan keseluruhan dan menurunkan kadar denyutan jantung ketika berehat. Ini sekali gus meningkatkan fungsi kardiovaskular dan mencegah penyakit jantung.
4. Memulihkan Kesihatan Mental
Kemurungan, kebimbangan, tekanan dan insomnia merupakan isu kesihatan mental yang agak biasa di kalangan individu hari ini. Selain melakukan terapi, anda boleh melakukan senaman yoga untuk menangani isu yang dialami.
Yoga dan meditasi mengaktifkan mod relaks dengan mengalihkan fokus daripada sistem saraf simpatetik kepada sistem parasimpatetik. Ini bermakna fikiran anda menyimpang daripada mod tekanan kepada mod tenang. Ini disebabkan oleh teknik pernafasan dalam yoga yang turut membantu mengawal tekanan darah, menurunkan tahap kortisol dan meningkatkan aliran darah.
5. Membantu Melegakan Sakit Belakang
Ramai lelaki hari ini mengalami sakit pinggang disebabkan postur duduk yang tidak baik, gaya hidup tidak aktif dan sebagainya. Ia bukan saja menyakitkan malah menjejaskan rutin harian dan gaya hidup. Kajian mendapati mengamalkan yoga untuk jangka masa lama mampu melegakan sakit belakang dan sakit pinggang.
Amalan yoga benar-benar memberi manfaat kepada badan dan fikiran anda. Walau bagaimanapun, sebelum melibatkan diri dalam yoga, sila dapatkan bantuan daripada jurulatih peribadi atau profesional untuk memastikan bahawa intensiti yoga tersebut adalah sesuai bagi anda kerana yoga yang berlebihan boleh membahayakan badan anda pula.
BACA LAGI : Senaman Berat Waktu Malam Boleh Jadi Punca Serangan Jantung : Pakar Perubatan
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.