Jangan Terburu-buru Pilih Pasangan Hidup, Nikahlah Dengan Lelaki Yang Tepat

Isu pilih pasangan hidup, selalu ada pesanan untuk wanita yang masih belum berumah tangga agar jangan terburu-buru terima seseorang dalam hidup.

Begitulah sepatutnya dan bagi Puan Syahirah Omar, wanita kena peka mencari jodoh terbaik kerana kita bukan hanya sedang memilih seorang suami, tetapi juga ayah kepada anak-anak yang bakal di lahirkan nanti.

Tip Pilih Pasangan, Jangan Cepat Terima

Seumur hidup adalah waktu yang lama, jadi menikahlah dengan lelaki yang tepat. Yang buat kalian merasa dihargai sebagai isteri , lelaki yang tidak jemu mendengar keluh kesah sehari-hari dan tidak membiarkan kalian kesepian.

Semua wanita layak mendapat lelaki soleh dan baik akhlaknya yang sangat menghormati isteri dan membimbing keluarga untuk sama-sama ke syurga.

Semua wanita layak mendapat lelaki setia, yang sentiasa menjaga pandangannya.

Semua wanita layak mendapat lelaki yang cintakan, menghargai dan tidak pernah jadikan kalian sebagai pilihan.

Semua layak mendapat lelaki yang sentiasa membahagiakan, sangat memahami, melindungi dan tidak sesekali menyakitkan.

Semua wanita layak mendapat lelaki yang sangat bertanggungjawab sebagai ketua keluarga. Tanggungjawab sebagai suami, sebagai ayah, dan sentiasa berusaha berikan yang terbaik untuk keluarga.

Semua wanita layak untuk mendapat lelaki yang pandai menguruskan emosi, dan tidak menyakitkan isteri dengan mental, fizikal dan lisannya.

Semua wanita layak untuk mendapat lelaki yang boleh mendengar luahan, dan tidak mengaggap ianya sebagai satu bebelan.

Pesanan Buat Anda Yang Masih Bujang

Terlalu banyak kalau saya nak senaraikan di sini. Tetapi dalam kesibukan kita mencari lelaki yang terbaik, ada sepekara yang kita mungkin terlepas pandang. Pesanan ini terlebih dahulu untuk diri saya sendiri, dan buat semua wanita tidak kira yang masih bujang mahupun yang sudah berumah tangga.

1. Bila membaca semua ciri-ciri yang kita inginkan ada kalanya buatkan kita terlupa untuk melihat kekurangan diri sendiri. Terlalu high expectation mengharapkan yang terbaik, dalam masa yang sama adakah kita sudah benar-benar berusaha untuk menjadi versi diri yang terbaik?

The problem is everyone is looking for unconditional love, carrying a bag full of conditions.

Jika mahu pasangan yang kita harapkan, kita terlebih dahulu perlu berusaha untuk jadi seperti apa yang diinginkan . Berusahalah untuk memperbaiki diri kerana Allah, dan mohonlah agar dikurniakan pasangan, yang terbaik untuk dunia dan Akhirat .

2. Hakikatnya ramai yang struggle selepas berkahwin kerana semua ciri-ciri pada pasangan yang mereka nampak selama hari ini,langsung tidak seperti yang diimpikan.

Akhirnya ramai pasangan tidak mampu untuk mempertahankan perkahwinan kerana tidak lagi sefahaman dalam semua perkara.

My dear sisters,
You don’t just marry their strengths.

Pasangan Punya Kelemahan

Pasangan kita juga mempunyai kelemahan diri kerana mereka juga seorang manusia yang mempunyai kelemahan diri sama seperti kita.

Hakikatnya perkahwinan ini adalah satu proses untuk kita dan pasangan belajar tentang banyak perkara. Dan perkahwinan juga adalah ibadah paling panjang dalam hidup kita.

Tanpa kebergantungan dengan Allah, tanpa berpandukan alQuran dan sunnah, tanpa ilmu rumahtangga, tanpa ilmu parenting, tanpa ilmu menguruskan emosi, tanpa pulihkan luka yang dibawa dalam diri, pasti perkahwinan kita sukar untuk bertahan.

3. Setiap pasangan perlu belajar bagaimana untuk menguruskan stress dan emosi setiap kali menghadapi masalah hidup dan juga masalah rumahtangga. Kebanyakkan pasangan memilih untuk menyalahkan antara satu sama lain dan tidak menyelsaikan secara sihat.

Isteri mendesak untuk selesaikan dengan segera, suami pula memilih untuk mendiamkan diri. Semuanya lebih memburuk jika emosi yang sakit tadi tidak diproses dengan baik dan memilih untuk mengelak dari menyelesaikan masalah.

Akhirnya suami pulang ke rumah seperti tak ada apa yang berlaku dengan harapan isteri sudah melupakan dan memaafkan semua kejadian yang menyakitkan.

Semua emosi yang tidak diurus secara sihat, komunikasi yang tidak jelas akan membuatkan hilang rasa hormat dan menjadi barah yang akhirnya merosakkan perkahwinan.

4. Setiap dari kita pasti mempunyai ‘sensitive spots’ yang dibawa bersama sejak dari dulu lagi. Semua ‘sensitive spots’ ini akan ‘activated’ bila-bila masa saja.

Tiba-tiba kita mula rasa ada yang tidak kena.

Ada saja perbuatan pasangan dan anak-anak yang mula trigger diri kita. Begitu juga dengan pasangan. Setiap dari kita membawa kisah hidup masing-masing yang membentuk siapa kita pada hari ini.

Dengan mengenali diri, mengenal pasti apa yang trigger diri dan pasangan, boleh membuatkan kita berusaha untuk lebih memahami, menghormati dan memberi ruang untuk masing-masing lebih bertenang terlebih dahulu.

Penting untuk memahami antara satu sama lain, berbanding dari terus tidak sabar merayu untuk selesaikan secepat mungkin, kerana ianya akan lebih mengeruhkan keadaan.

5. Kebanyakkan mereka yang tidak ada persefahaman antara satu sama lain adalah pasangan yang mempunyai masalah komunikasi.

Setiap salah faham yang berlaku adalah untuk sama-sama mencari bagaimana untuk capai titik tengah dan berusaha mencari jalan untuk selesaikan. Bukan sentiasa tidak mahu mengaku kalah dan sentiasa mencari salah.

Jika salah belajarlah mengakui dan memohon maaf. Ramai yang sangat ego untuk mengakui kesalahan dan memohon maaf pada pasangan. Lebih memilih untuk memberikan silent treatment dalam tempoh yang lama atau berperang di depan anak-anak.

Berusalah untuk belajar menguruskan masalah secara sihat. Anak-anak sedang melihat contoh dan menyimpan semua memori menyakitkan. Akhirnya mereka juga membina perkahwinan yang sama seperti ibu ayah kerana dalam tak sedar manusia akan terus mencari dan tertarik apa saja yang mereka ‘familiar’ sepanjang mereka membesar.

Terlalu besar sebenarnya impak dalam kehidupan anak-anak. Jika baik kitaran yang kita bawa, baiklah seluruh generasi kita. Jadi berusalah untuk perbaiki.

6.Setiap dari kita mempunyai matlamat hidup masing-masing. Sebaiknya kita berusaha mencari pssangan yang mempunyai cara fikir dan mempunyai matlamat hidup yang sama bagaimana untuk membina keluarga, bagaimana untuk membesarkan anak-anak , pembahagian tanggungjawab , dan banyak lagi.

Suka dan cinta pada rupa, karakter, akhlak, harta , agama saja tidak mencukupi.

Berusahalah untuk mencari pasangan yang sekufu pemikiran kerana ianya sangat penting dalam perkahwinan.Sukar untuk mendapat ketenangan bila hidup berpasangan jika tidak sekufu pemikiran.

7. Setiap dari kita membawa unresolved past yang mungkin kita sendiri tidak pernah sedar. Kita tidak boleh untuk teruskan kehidupan dengan baik bila ada bahagian dalam diri kita masih belum selesai.

Luka yang kita bawa ini jika dibiarkan, tidak dikenal pasti, akan memberi kesan dalam keseluruhan hidup kita termasuklah dalam perkahwinan. Semuanya akan menggangu kefungsian hidup kita, termasuklah untuk menjadi pasangan dan mendidik anak-anak.

Kita tidak akan sembuh jika tidak mengakui, dan memilih untuk memendam semua kesakitan.

They say,
Time heals all wounds.
But it doesn’t.
Time cannot do that. If you never heal from what hurt you, you’ll bleed on people who didn’t cut you.

Kita Tak Sempurna

Buat semua wanita,
Tidak salah berusaha mencari pasangan yang terbaik, realitinya kita tidak akan mendapat pasangan yang sempurna.
Kerana yang sempurna hanya milik Allah semata.
Berusalah untuk menjadi wanita bijak yang sentiasa mencari ilmu dunia dan akhirat agar kita:

Bijak menguruskan emosi,
Bijak mendidik generasi,
Bijak menyelesaikan masalah,
Bijak membawa diri dan sentiasa memaafkan,
Bijak untuk memperbaiki diri dari kesilapan,
Bijak menilai baik buruk situasi dan diri sendiri,
Bijak agar tidak ditindas,
Bijak membuat keputusan,
Bijak memberi manfaat,
Bijak untuk bersusah payah didunia agar bahagia nanti di Akhirat.

Moga kita berpeluang mencari pasangan hidup terbaik yang sudi terima baik buruk kita dan keluarga. Itu pun penting.

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply