“Dia Baru 11 Tahun Tapi Saya Dah Sedih” Diana Danielle Sedih Muhammad Sudah Rancang Masa Depan!

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle mengakui mula berasa sedih apabila memikirkan dua anaknya kini semakin membesar dan meningkat remaja.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, kata Diana, dia tidak menyangka anak lelaki sulungnya iaitu Muhammad sudah merancang masa depannya.

“Ibu-ibu yang ada anak umur 10 tahun ke atas, saya nak tanya adakah normal untuk kita mula rasa sedih sebab membayangkan lagi berapa tahun je mereka akan sampai satu tahap di mana dia akan mahukan sepenuh kebebasan dan berdikari.

“Dia nak duduk sendiri, belajar jauh-jauh. Anak lelaki saya pula sejenis yang dari sekarang dia dah rancang ‘Muhammad nanti dah besar nak belajar dekat sini, nak buat itu, nak buat ini’.

“Bila dengar dia merancang tu rasa macam besar dah,” tulisnya sebak.

Tambah Diana lagi biarpun Muhammad baru berusia 11 tahun namun dia lebih dahulu mula merasakan kesedihan hatinya bila anaknya semakin meningkat remaja.

“Pada masa sama, masa dia kecil kita minta cepatlah besar, bila dia dah besar (rasa sebaliknya). Waktu yang dia duduk dengan kita ni dari kecil sampai remaja ni adalah paling banyak masa yang dia luangkan dengan kita.

“Lepas tu bila dah besar nanti, dia besarlah. Dia nak datang, tak nak datang tu terpulang lah kepada dia berapa banyak masa nak luangkan dengan ibu bapa. Sama ada mereka nak hubungi kita atau tidak, kita dah tak ada kuasa.

“Hanya mengharapkan hubungan baik dengan anak-anak kita supaya mereka pun rasa rindu dengan kita, rasa senang untuk nak balik jumpa kita. Dan semoga dapat menjaga kita.

“Saya dah mula sedih walaupun dia hanya baru berumur 11 tahun. Ke sebab saya sejenis overthinking yang bersiap sedia dari sekarang? Ada kemungkinan juga. Jadi tolong beri pencerahan kepada saya,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Diana mendirikan rumah tangga Bersama Farid Kamil pada 2012. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Menarik: “Anak Dah Sepasang” Tak Mahu Czer Kali Ke-3, Shila Amzah Tak Rancang Tambah Anak!

Ayuh sertai Edutainment Fest 2024!

Jom bawa anak-anak sertai pertandingan MARI MEWARNA SAYA ANAK MALAYSIA pada 25 Ogos 2024. Anak-anak akan membawa pulang sijil, goodies istimewa Bintang Kecil dan akaun SSPN bernilai RM20. Juga ada hadiah menarik untuk dimenangi!

Terbuka kepada anak-anak yang berumur 5 hingga 6 tahun. Jom daftar sekarang! https://kliik.je/product-details/108?title=mari-mewarna-saya-anak-malaysia

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Sumber: TikTok


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply