“Bukan Sehari Dua Untuk Hadam.. Setiap Hari, Saya Umpama Bergelut Dalam Diri..” – Kila Fairy

Siapa yang tak kenal dengan pelakon dan penyanyi cantik, Kilafairy. Walaupun kini dilihat jarang muncul di kaca tv namun anak kepada penyanyi terkenal era 1980, Allahyarhamah Rohana Jalil ini dilihat aktif di media sosial.

Tiga tahun tampil sopan berhijab, pelakon dan penyanyi, Kilafairy percaya, kehidupan akan terus menjadi ruang menguji keteguhan hati dan imannya sebagai hamba.

Proses Hijrah Itu Tak Mudah, Apalagi Istiqamah!

Malah, Kila tidak menafikan proses dalam sisi penghijrahan dalam diri, soal hati dan penampilan termasuk untuk terus kekal istiqamah sebagai bukan satu hal yang mudah.

“Benar soal istiqamah itu bukan perkara mudah. Ia bukan sehari dua untuk dihadam. Pendek kata setiap hari, saya umpama bergelut dalam diri.

“Namun lama kelamaan ia bagai satu fasa yang akan jadi terbiasa. Pada akhirnya kita hanya mahu dan harapkan reda Tuhan dalam hidup ini,” katanya.

Aura ‘Angelina Jolie’ Malaysia, Versi Muslimah Kian Menyerlah

Dalam pada itu, meski kini memilih untuk menutup aurat sepenuhnya dengan menggayakan busana patuh syariah, Kilafairy dilihat semakin berseri-seri dan mempunyai aura tersendiri yang tidak pernah pudar, tetapi semakin menawan.

Sering tampil dengan gaya elegan dan solekan memukau, bekas pelajar fesyen ini pernah mendapat jolokan ‘Angelina Jolie Malaysia’ dek kerana memiliki bentuk bibir yang seksi.

Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan yang kini berusia 31 tahun bertuah kerana dilahirkan sebagai anak kacukan Melayu-Pakistan.

Jadi tidak hairanlah jika wajah Kilafairy persis gadis-gadis di timur tengah, terutama dari segi solekan dan gaya tudung. Memang terserlah kelainannya!

Menjengah ke Instagram peribadinya yang memiliki satu juta pengikut, Kila dilihat tidak culas dan memanfaatkan peluang mempunyai ramai pengikut dengan memuatnaik hantaran membela nasib saudara se-Islam di Palestin yang masih hangat diperdebatkan di seluruh dunia sehingga kini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.

Kredit Foto: Instagram Kilafairy


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply