Jika kebiasaan waktu pagi buat mi atau bihun goreng, apa kata cuba buat laksa goreng pula. Bila dah rasa kesedapannya, memang tak puas santap sekali. Confirm makan berulang.
Cuma cara membuatnya sedikit berbeza dengan menggoreng mi. Penyedapnya terletak pada rasa udang kering dan taucu.
Cara buat laksa goreng
Bahan-bahan
1 kilo laksa halus
4 ulas bawang putih -diketuk
300 gram udang
10 biji bebola ikan -dibelah dua
4 biji telur
Tauge
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
Serbuk belacan
Cili merah dipotong untuk hiasan
Daun sup -hiasan
Serbuk perasa
Garam
Minyak secukupnya
Bahan kisar
7 batang cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu besar kacang tauchu
1 sudu besar udang kering
Cara memasak
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar , masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan udang dan bebola ikan, masak seketika.
4. Masukkan telur (pecahkan dalam kuali ) dan gaulkan sehingga masak.
5. Masukkan sos ikan , sos tiram dan serbuk belacan. Serbuk perasa lalu gaul rata.
6. Masukkan laksa dan tauge, gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
7. Taburkan cili merah dan daun, siap untuk dihidang.
Sumber: Nurul Ateekah
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.