Kasut ‘Squeaky’ Memang Nampak Comel Bila Anak Pakai Tapi Boleh Ganggu Proses Belajar Berjalan

Kasut ‘squeaky’ memang nampak comel bila anak pakai tapi ganggu proses belajar berjalan. Kasut ‘squeaky’ atau kasut berbunyi sering kali menjadi pilihan ibu bapa kerana bunyinya yang comel dan menghiburkan.

Kasut ‘Squeaky’ Memang Nampak Comel Bila Anak Pakai Tapi Ganggu Proses Belajar Berjalan

Setiap kali anak melangkah, kasut ini akan mengeluarkan bunyi yang menarik perhatian. Di sebalik kecomelannya, kasut ‘squeaky’ sebenarnya boleh memberikan kesan negatif terhadap proses pembelajaran berjalan semula jadi anak.

Menurut Public Health Malaysia kasut berbunyi ini boleh mengganggu proses pembelajaran berjalan semula jadi anak. Ini kerana mereka mungkin terlalu tertumpu kepada bunyi yang dihasilkan daripada langkah mereka.

Mungkin anda rasa ia comel dan kanak kanak sukakannya, namun ia bukan pilihan yang terbaik untuk dipakai secara harian.
Kasut berbunyi boleh mengganggu proses pembelajaran berjalan semula jadi anak kerana mereka mungkin terlalu tertumpu kepada bunyi yang dihasilkan daripada langkah mereka.

Dari segi keselamatan, bunyi squeaky boleh mengganggu perhatian kanak-kanak, menyebabkan mereka kurang fokus terhadap persekitaran mereka.

Kasut ini juga menyebabkan anak-anak mengubah cara berjalan mereka untuk terus mendengar bunyi, yang boleh menjejaskan postur

Paling penting, kasut ini sebenarnya sangat menggangu ketenteraman orang lain terutama di tempat awam seperti hospital, klinik dan pejabat.

Dari segi kebaikan, kasut jenis ini memberi motivasi untuk kanak kanak belajar berjalan. Ia membantu ibu bapa untuk peka kepada pergerakan anak dan beri keseronokan pada anak.
Mungkin lebih baik, kasut ini hanya di pakai di persekitaran rumah dengan pengawasan ibu bapa, bukan untuk kegunaan harian dan di tempat awam.

Alternatif Kasut untuk Anak Kecil

Sebagai alternatif, ibu bapa boleh memilih kasut yang lembut, fleksibel, dan tanpa bunyi untuk anak kecil yang sedang belajar berjalan. Kasut yang sesuai untuk belajar berjalan sepatutnya memberi sokongan yang baik tanpa menghalang pergerakan semula jadi kaki.

Kasut dengan tapak yang nipis dan lembut juga membantu anak merasakan permukaan lantai dengan lebih baik, yang penting untuk keseimbangan dan koordinasi.

Kesimpulannya walaupun kasut ‘squeaky’ mungkin kelihatan comel dan menyeronokkan, ibu bapa perlu berhati-hati dengan kesan jangka panjang yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka.

Pembelajaran berjalan adalah proses penting dalam perkembangan motor kasar anak, dan adalah penting untuk memberikan mereka persekitaran dan alat yang terbaik untuk menyokong proses ini.

Memilih kasut yang sesuai tanpa gangguan bunyi adalah langkah yang bijak untuk memastikan anak-anak dapat belajar berjalan dengan betul dan semula jadi.

Sumber: Public Health Malaysia

Baca artikel lain juga: Jangan Sibuk Nak Gayakan Bayi Pakai Kasut. Tabiat Itu Buat Perkembangan Kaki Mereka Terbantut

Dia Geli & Tak Selesa Tanpa Kasut, Ada Bahayanya Bila Anak Jalan Berjengket!

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

Comments

Leave a Reply