Ketika Perang Vietnam, gam gajah digunakan untuk memberikan rawatan kecemasan kepada anggota yang tercedera di medan perang. Bermula sebagai alat rawatan kecemasan, gam gajah kini digunakan untuk membaiki kerosakan di rumah. Gam gajah melekat dengan kuat tetapi ia tidak menghentikan pendarahan dalaman. Oleh itu kain kasa disumbatkan ke dalam lubang tembakan oleh paramedik. Namun begitu ia menyakitkan dan masih belum cukup berkesan.
Oleh itu Traumagel dibangunkan oleh firma Cresilon yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Traumagel kini dibenarkan oleh FDA untuk digunakan sebagai rawatan awal pada lubang tembakan. Gel yang diperbuat daripada alga dan fungsi di dalam picagari Traumagel akan disuntik terus ke dalam rongga lubang tembakan.
Kerana ia dalam bentuk separa pepejal, ia akan memenuhi rongga kecederaan dengan menyeluruh bagi menghentikan pendarahan dengan segera. Pendarahan melampau adalah antara sebab kematian berlaku pada mangsa tembakan di Amerika Syarikat.
Traumagel bermula sebagai Vetigel yang digunakan oleh doktor veterinar. Kemudian ujian kecil-kecilan digunakan untuk menampal luka kecil pada manusia. Hanya kini ia akhirnya dibenarkan untuk digunakan bagi menghentikan pendarahan kesan tembakan pada manusia. Dengan ia kini mendapat kelulusan untuk digunakan oleh petugas kecemasan, Cresilon melihat ia juga berpotensi untuk digunakan oleh pihak tentera di medan perang seperti gam gajah lebih 50 tahun lalu.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.