China Ingin Membina Sistem Menghantar Kargo Dari Bulan Ke Bumi Seakan Thor Melontar Mjolnir

Antar sebab mengapa Amerika Syarikat, Jepun, EU, Rusia dan China ingin membina markas di permukaan bulan ialah bagi melombong helium-3 yang dilihat sebagai sumber tenaga lestari masa depan. Dianggarkan terdapat cukup helium-3 di permukaan bulan untuk menjana tenaga di bumi selama 1000 tahun. Jadi antara isu yang perlu diselesaikan selepas ia dilombong ialah bagaimana ia akan dihantar semula ke bumi?

Bulan

Shanghai Institute of Satellite Engineering menerbitkan kertas cadangan menggunakan sistem seakan tukar Dewa Thor untuk menghantar kargo kembali ke bumi. Terdapat lengan berputar yang akan memecut kargo ke halaju lepas untuk ia bebas daripada tarikan graviti bulan. Sistem ini dikatakan lebih mampu milik berbanding menggunakan roket kerana hanya memerlukan kuasa elektrik yang dijana menggunakan solar. Selepas kargo dilontar ke bumi, sehingga 70% tenaga boleh dikembalikan semula menerusi sistem brek penjanaan semula.

Spinlaunch

Menurut penyelidik sistem boleh dibina menjelang 2030 dan memulakan ujian di permukaan bulan menjelang 2045. Isu yang wujud sekarang ialah kos yang tinggi dan China masih tidak mempunyai roket yang boleh membawa komponen berat sistem ini ke permukaan bulan.

Idea menggunakan daya lontaran kinetik bagi melancarkan objek ke angkasa bukan idea baharu. SpinLaunch yang diumumkan pada tahun 2021 ingin melancarkan satelit sehingga 200kg ke orbit menggunakan konsep yang sama dengan mereka mendapat perhatian NASA.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply