Kebelakangan ini satu persatu kes kehilangan dan berakhir dengan tragedi kematian menjadi tajuk utama berita sekaligus menimbulkan kerisauan di hati.
Apa yang berlaku kepada Nidza Afham Mokhtar, Cikgu Istiqomah, dan terbaru adik Nuraina Humaira yang baru berusia 10 tahun ini boleh juga terjadi kepada ahli keluarga kita malah diri kita sendiri.
Bimbang dengan kejadian seperti ini, pendakwah Ustaz Jafri Abu Bakar Al Mahmoodi berkongsi sepotong doa yang diajarkan Rasulullah SAW untuk kita amalkan setiap kali keluar daripada rumah.
Menurut Ustaz Jafri , doa yang diajar Baginda SAW adalah seperti berikut:
“Dengan nama ALLAH, aku bertawakal kepada ALLAH, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-NYA.”
Doa tersebut diambil daripada sepotong hadis Rasulullah SAW:
“Jika seseorang keluar rumah, lalu dia mengucapkan ‘Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa hawla walaa quwwata illa billah’, maka dikatakan ketika itu, ‘Kamu akan diberi petunjuk, dicukupkan dan dilindungi’. Malah syaitan juga akan menjauh daripada kamu. Syaitan yang lain akan berkata: ‘Bagaimana kamu ingin mengganggu seseorang yang telah mendapatkan petunjuk, dicukupkan dan diberikan perlindungan ALLAH SWT?” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
@jafrimahmoodi_off Dah makin menjadi-jadi kes orang hilang. Sangat menakutkan. Yang terbaru kes Nidza Afham yang keluar untuk berjogging. Jom kita amalkan doa yang diajar Rasulullah SAW agar berada dalam perlindungan Allah apabila keluar rumah. #fyp #jafrimahmoodiofficial #jafrimahmoodi #ustazjafriabubakarmahmoodi #ustazjafriabubakar #kidaf #kompleksislamdarulfaizin ♬ original sound – jafrimahmoodi_official
Dalam satu hantaran video di akaun TikTok milik beliau, Ustaz Jafri mengajak semua untuk mengajar diri dan seluruh ahli keluarga agar beramal dengan doa ini supaya berada dalam penjagaan ALLAH SWT apabila keluar dari rumah dan dijauhkan daripada perkara-perkara tidak diingini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.