Mak mentua hargai pilihan anak, terima menantu perempuan dengan hati terbuka. Mak mentua dan menantu perempuan sering kali dilanda pelbagai pergolakan dalam perhubungan.
Mak Mentua Hargai Pilihan Anak, Terima Menantu Perempuan Dengan Hati Terbuka
Ada banyak faktor yang boleh mencetuskan hubungan dingin antara mak mentua dengan menantu perempuan. Sebenarnya untuk mewujudkan hubungan yang baik antara mak mentua dengan menantu perempuan ialah saling menerima antara satu sama lain.
Mak mentua kena terima apa juga kekurangan menantu dan bimbing mereka. Menantu pula kena hormat mak mentua umpama ibu sendiri dan sentiasa cuba ambil hati mentua.
Mak Mentua Sendiri Kena Baik
Memang kita mahukan menantu yang baik tetapi apa halnya kalau kita sendiri pun tak baik. Bagaimana hendak dikatakan baik kalau sikap kejam terhadap menantu itu bermula sejak hari pertama dia masuk ke rumah kita lagi?
Hari-hari kita menilai dia, kesalahan yang sedikit sengaja kita besar-besarkan, kebaikan yang dilakukan kita pejam mata pula. Seorang ibu mentua yang tidak baik sememangnya tidak layak mendapat anak menantu yang baik.
Terikut Sikap Mak Mentua
Sebenarnya anak menantu itu sudah baik tetapi disebabkan mentuanya tidak baik, akhirnya dia menjadi tidak baik sama. Asalnya sangat menghormati orang tua, bersikap lembut dan taat, sekarang jadi kurang ajar pula. Dari mana datangnya sikap-sikap begitu? Kadang-kadang daripada emak mentua sendiri.
Dalam hendak menilai seseorang, jangan aspect seratus peratus terbaik, sebab mana ada manusia yang sempurna. Sesetengah orang hanya perlukan tunjuk ajar untuk dia faham sesuatu pada permulaannya. Apabila dia faham akan kehendak dan citarasa mentua dia akan penuhi pada hari-hari seterusnya.
Bimbing Bukan Sindiran Pedas
Misalkan begini, hari pertama menantu tinggal di rumah mentua, sudah tentu dia tidak biasa dengan semua perkara yang menjadi kebiasaan di rumah mentuanya itu. Dia akan melakukan banyak kesalahan seandainya tidak diberitahu terlebih awal.
Adalah menjadi kebiasaan mengelap dahulu pinggan mangkuk selepas dibasuh sebelum menyusunnya di para. Menantu yang tidak diberitahu terlebih dahulu akan hal ini mungkin akan menyusun sahaja pinggan mangkuk itu ke para sejurus dibasuh.“Ei, emak engkau tak ajar ke lap dulu pinggan mangkuk sebelum susun?”
Kata-Kata Berbekas Di Hati
Kata yang begini pasti meninggalkan kesan yang tidak enak. Lain jika anak menantu itu memang jenis tebal jiwa, dikata apapun dia tetap tersengih dan sambut dengan gurau senda. Dari situ dia belajar. Tetapi anak menantu yang sensitif akan berasa kecil hati, sedih dan juga malu, dia boleh jadi merajuk hingga takut hendak berbuat apa-apa lagi selepas itu.
Di sinilah hal yang kecil-kecil menjadi permulaan barah yang kronik beberapa bulan kemudian. Salah siapakah? Mungkin menantu bersalah sebab terlalu mudah berkecil hati tetapi mentua juga bersalah kerana mengharapkan menantu perempuan mesti serba tahu kesemuanya.
Setiap mak mentua sekurang-kurangnya letakkanlah tiga faktor ini:
i. Itu adalah jodoh anak. Apa yang tidak kita ketahui berada dalam pengetahuan ALLAH sentiasa. Jodoh seseorang bukankah sudah ditentukan?
ii. Dia yang berkahwin dan itu pilihannya. Hormatilah pilihan anak supaya kehidupannya harmoni selepas itu. Jika kita terlalu menampakkan rasa benci, takut-takut bukan setakat menantu yang hilang hormat, anak sendiri pun turut pergi.
iii. Hidup bukan terlalu lama. Oleh kerana tidak terlalu lama itu, bertimbang rasalah. Setiap manusia ada lebih dan kurangnya. Kita juga serupa. Barangkali orang cukup bersabar dengan sikap-sikap buruk kita selama ini, kita saja yang tidak tahu. Oleh itu, berikan restu, ia lebih baik dari menjadikan seseorang seteru (musuh).
Sumber: HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Baca artikel lain juga: Menantu Perempuan Bukan Orang Gaji Mak Mentua, Dia Hanya Berkhidmat Kepada Suaminya
Mak Mentua Suka Audit Menantu, Rumah Tangga Jadi Kacau Bilau
Mak Mentua Jangan Pandang Rendah Pada Menantu Tak Kaya, Selalunya Merekalah Yang Boleh Diharap
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.