“Saya Tak Terfikir Nak Bawa Aafiyah Serius Dalam Bidang Seni” -Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan masih belum terfikir lagi untuk membawa puteri sulungnya, Siti Aafiyah menempa nama dalam industri seni.

Berkata kepada Remaja, kehadiran Aafiyah yang bermain keyboard hanyalah untuk mengiringinya sewaktu mendendangkan lagu berjudul Nadi di Konsert Cinta Di Awan, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Tak Pernah Menyesal ‘Hilang’ Zaman Remaja, Ibu Tercinta Jadi Tulang Belakang Sebagai Anak Seni

“Saya tidak terfikir untuk membawa Aafiyah serius dalam bidang muzik cuma untuk konsert di Genting itu sahaja kerana saya membawakan lagu Nadi.

“Lagu itu untuk anak saya, dia punya permulaan dan muzik Aafiyah belajar dengan Cikgu Illy yang sama-sama mencipta lagu tersebut, jadi perkara itu memudahkan lah.

“Walaupun masa rehearsal Aafiyah hampir tak mahu perform sebab dia gementar, takut dan malu, tapi Alhamdulillah sewaktu konsert itu dia okay,” katanya selepas sidang media Hausboom Music Festival 2024.

ARTIKEL BERKAITAN: 9 Momen Menarik Konsert Siti Nurhaliza ‘Cinta Di Awan’

Pada masa sama, penyanyi lagu popular Kau Kekasihku itu juga sempat berkongsi reaksi anak perempuan kesayangannya itu sebaik sahaja konsert tersebut berakhir.

“Dia teruja sangat, budak-budak kan bila dia dah selesa dan seronok. Aafiyah ada cakap
konsert seterusnya dia mahu ikut serta.

“Tapi saya tiada cakap apa-apa pun sebab bukan setiap persembahan saya nak Aafiyah ada, cuma sewaktu konsert di Genting itu sesuai dengan lagu sahaja,” ujarnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remaja, MY (@majalahremaja)

Sebelum ini, kemunculan Aafiyah apabila bermain keyboard pada Konsert Cinta Di Awan
yang berlangsung di Arena Of Star, Genting Highlands pada Sabtu mendapat perhatian
ramai di serata media sosial.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Siti Nurhaliza

Comments

Leave a Reply