Dalam rumah tangga pasti ada pasang surut dan turun naik yang perlu ditempuhi bersama-sama, bagi pelakon jelita anak jati kelahiran negeri pantai timur, Kelantan iaitu Uqasha Senrose hanya tiga perkara ini mampu menjamin keharmonian rumah tangga.
Pemilik nama penuh, Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu kini mengakui dia sedang berada dalam fasa paling terindah di hidupnya apabila semakin mengecapi bahagia alam rumah tangga bersama suami yang juga pelakon Kamal Adli setelah kelahiran cahaya mata pertama mereka pada April lalu.
Ikatan Kasih Sayang Antara Pasangan Punca Rumahtangga Harmoni
Ketika ditanya kepada Uqasha apakah nasihat yang boleh diberikan kepada wanita di luar sana yang baru sahaja mendirikan rumahtangga dan mendambakan rumahtangga yang hamoni dan bahagia, ini respon yang diberikan.
“Pertama, terima baik buruk (pasangan). Kedua, tahap kesabaran kena tinggi dan yang paling penting yang ketiga adalah sayang di antara satu sama lain,” katanya.
Dalam perkembangan lain, pelakon Kamal Adli yang juga suami kepada Uqasha tidak menafikan bahawa kehadiran puteri sulung mereka Hawra Uqaira yang kini berusia 4 bulan, merupakan pengikat kasih sayang yang menyerikan lagi kehidupan dia dan Uqasha.
Kamal Adli Teruja Lihat Anak Membesar Depan Mata!
Malah, menurut Kamal antara cabaran terbesarnya sejak bergelar bapa adalah untuk menjaga permata hatinya, Hawra Uqaira dengan saling bergilir menjaga keperluan si kecil itu.
Kamal bagaimanapun teruja apatah lagi melihat anak membesar di hadapan mata.
“Jujurnya pada awal kelahiran memang agak sukar sedikit. Saya saling bertukar giliran dengan Uqasha untuk menjaganya. Uqasha jaga Uqaira sebelah siang manakala saya pula malam.
Artikel berkaitan: Hadapi ‘Keganasan’ Rumah Tangga? Hijabi Jangan Berdiam Diri! Ini Nasihat Che Ta
“Tapi malam pun Uqasha akan bangun juga. Tak dinafikan susah juga rupanya untuk berjaga malam memandangkan ada ketikanya Uqaira sukar tidur dengan lena,” jelasnya.
Kamal berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Episod Pertama Drama Viu Original berjudul Nafsu, Aurum Theatre di The Exchange TRX, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Uqasha Ibu Yang Baik, Tak Pernah Mengeluh Urus Anak – Kamal Adli
Malah Kamal turut meluahkan rasa bangga terhadap Uqasha yang tidak pernah mengeluh menjaga anak mereka, sejak selamat bersalin April lalu.
“Alhamdulillah Uqasha baru habis pantang. Saya bangga dengan dia sebab caranya dalam menjaga anak kami.
“Saya juga gembira tengok perubahannya sebagai seorang ibu sekarang. Dia memang betul-betul komited sanggup bangun, menyusu dan tidak merungut langsung,” katanya lagi.
Pada masa sama, pasangan selebriti ini juga memilih untuk tidak menggunakan perkhidmatan pembantu dalam menguruskan anak pertama mereka.
Imbas kembali, Kamal mendirikan rumah tangga dengan Uqasha pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan sebelum ini, Uqasha pernah mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sepanjang perkahwinan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Artikel berkaitan: Lantang Suarakan ‘Isu Rumah Tangga’, Puteri Sarah Lega Dapat Bantu Ramai Pihak
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Uqasha Senrose
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.