Ubahsuai Bilik Siling Tinggi Bina Loteng, Makeover Rumah Teres Lama Usia 35 Tahun. Kebiasannya pelan lantai bagi rumah teres lama, mempunyai rekaan siling yang tinggi. Bahagian ini jika dimanfaatkan sepenuhya boleh dijadikan ruang tambahan buat pemilik kediaman. Antaranya dengan membina loteng untuk dijadikan bilik tidur tambahan, stor, ruang bacaan, bilik solat dan sebagainya.
Perkongsian daripada Rasul Baharom ini boleh dijadikan inspirasi dan idea buat pemilik kediaman lain yang turut mempunyai bilik dengan rekaan siling tinggi di rumah.
Mengambil inspirasi konsep scandinavian, bilik ini hanya berkeluasan 260cm(P) x 290cm(L)x 360cm(T), namun setelah diubah suai ia tetap selesa, malah dijadikan bilik tidur pada bahagian loteng dan bahagian bawah pula dijadikan ruang solat untuk para tetamu yang datang ke rumah.
“Saya bukan ID tapi saya minat , dulu frequent traveler. Sekarang dah stop , suka stay kawasan resort. Inspirasi saya untuk rasa seperti di resort. Walaupun ini rumah teres, saya pindah bilik adik sebab tiada penghuni,”
“Inspirasi saya dari konsep scandinavian , saya pilih barn door untuk nampak lebih aesthetic. Anyway abang saya freelance kontraktor, ini rumah teres lama since 1989 , bilik tengah mempunyai siling yang agak tinggi. Dengan ubah suai baru ni, saya masih boleh berdiri di kedua-dua tingkat. Bahagian bawah pula saya jadikan ruang solat untuk tetamu juga,” jelas Rasul.
Tujuan Bina Loteng
Selain itu, menurut Rasul tujuan ubahsuai bilik dengan membina loteng, dilakukan bagi memudahkan urusan menukar lampu serta penyelenggaraan membersihkan tangki simpanan air di rumah.
“Design siling yang tinggi menyukarkan kerja-kerja tukar lampu atau untuk membersihkan tangki simpanan air utama. Jadi alternatif yang saya guna ialah dengan membuat loteng untuk saya tidur,”
“Dari bilik ni, saya boleh terus ke bahagian tangki air utama sekaligus memudahkan kerja pembersihan dari semasa ke semasa,” jelas Rasul.
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca: Barn Door Praktikal Untuk Jimat Ruang, Boleh Buat Pemisah Dapur Basah/Kering, Stor
Baca Lagi Di Sini:RUMAH TERES LAMA Usia 40 Tahun Berubah Wajah Dengan Konsep ENGLISH VICTORIA
Artikel Menarik:Transformasi Rumah Flat 650 Kaki Persegi, Dekorasi Simple Tampak Elegan & ‘Cozy’!
IMPIANA: Bagi yang mempunyai rekaan siling tinggi pada kediaman, boleh jadikan idea bina loteng ini sebagai inspirasi dalam memaksimumkan lagi fungsi ruang dalam rumah.
Sumber: Rasul Baharom
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.