Nak Masuk Thailand Guna Kereta, Ini Prosedur & Dokumen Kena Ada

Tarikan makanan Thai ini memang boleh orang jadi ‘gila’. Mana taknya, kalau ada je festival makanan Thai di KL, mesti berduyun-duyun manusia yang datang. Jadi, apa kata cuti Deepavali ini anda lajak je kereta ke Thailand khasnya buat anda yang balik Pantai Timur mahupun Utara (sempadan Thai-Malaysia).

Kalau anda memilih nak masuk Thailand dengan memandu kereta melalui pintu sempadan negara seperti di Padang Besar, Perlis dan juga di Kelantan, ada beberapa prosedur yang perlu dilakukan untuk memudahkan perjalanan.

Melalui satu perkongsian di Facebook, Ammar Naufal menyenaraikan beberapa dokumen penting yang perlu ada bersama anda jika hendak melancong ke Thailand menggunakan kereta.

Jom semak satu persatu.

1. Pasport

Pastikan masih sah dan tiada sekatan ke atas pasport.

Ketika hendak memasuki Thailand, isi borang ketibaan dan cop pasport di sempadan. Di sana, ada individu boleh tolong isikan tetapi kena bayar RM2.

2. Geran kenderaan

Bawa geran kenderaan yang asal (original).

Kalau tak ada yang asal, sila ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan minta salinan.

Bayaran RM50 akan dikenakan untuk dapatkan salinan daripada JPJ.

Peringatan penting, jangan laminate geran, ada kemungkinan tak diterima.

3. Insurans kenderaan

Boleh dibeli di pintu sempadan atau di kaunter semasa nak isi borang simplified customs declaration form.

Kalau nak masuk sekejap, beli untuk seminggu, harga dalam RM20. Ada juga dijual untuk setahun dan enam bulan.

Apabila dah selesai dan siap cop pasport, terus ke kaunter khas untuk kemasukan kereta.

Serahkan pasport, geran kenderaan dan insurans kereta (Thailand).

Kemudian mereka akan keluarkan simplified customs declaration form.

Borang ‘simplified customs declaration’

Lepas dah dapat borang dari pihak sana, keluar pergi minta cop daripada pegawai mereka di luar.

Pegawai berkenaan akan cop dan kita tandatangan sebagai perjanjian.

Jangan lupa bagi semula borang simplified customs declaration form kepada pegawai bertugas ketika pasport dicop untuk keluar.

Jika tidak, nanti susah anda nak bawa kenderaan masuk semula ke Thaildand pada masa-masa akan datang. Hah, jangan seronok sangat nak masuk Thailand ya! Pastikan semua tip di atas sudah disemak untuk memudahkan perjalanan anda ke sana.

Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

@maskulinmy Air Jordan 1 OG ‘Black Toe’ #maskulin #maskulinhobi #maskulinreview #airdordan #airjordan1 ♬ original sound – Maskulin


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply