Kategori Baharu Yamaha R15M Race Elites di Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK)

Yamaha R15M Race Elites bersedia untuk membuat penampilan sulungnya.

Pusingan kedua Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) sekali lagi mengambil tempat di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS hujung minggu ini.

Salah satu kemuncak yang dinantikan adalah kemunculan sulung kategori perlumbaan baharu.

Kategori tersebut adalah Yamaha R15M Race Elites, yang bersedia untuk membuat penampilan sulungnya.

Kredit Foto : Facebook Malaysia Superbike Championship

Pembentukan Kelas Perlumbaan Baharu

Pembentukan kelas perlumbaan baharu ini tercetus daripada idea untuk memberikan pelumba pengalaman dan pendedahan yang berbeza dalam peralihan mereka dari jentera underbone ke jentera tangki.

Usaha ini bertujuan untuk mempercepatkan pengalaman pelumba muda dengan menyediakan laluan yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan teknik tunggangan yang lebih halus di atas jentera yang mempunyai fizikal lebih tinggi sebelum berpotensi untuk naik ke kejohanan peringkat Asia.

Kredit Foto : Facebook Malaysia Superbike Championship

Jentera Yamaha R15M, yang berkapasiti 155cc, telah diubah suai dengan efektif untuk memenuhi spesifikasi motosikal perlumbaan.

Matlamat MSBK dan Kerjasama dengan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM)

Matlamat MSBK sepanjang tahun ini adalah untuk membangunkan sukan permotoran dan menyediakan platform kepada peminat untuk merasai standard kecemerlangan dalam perlumbaan motosikal.

Kredit Foto : Facebook Malaysia Superbike Championship

Selari dengan itu, inisiatif kerjasama dengan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan penyertaan kategori perlumbaan baharu ini akan membantu melatih pelumba berbakat dalam cita-cita mereka untuk lebih cemerlang dalam perlumbaan motosikal.

Baca Juga : Berhenti di Traffic Light, Guna Gear D, N atau P?

Kategori perlumbaan ini, yang terdiri daripada 32 pelumba, dipilih daripada pelbagai kategori perlumbaan dalam kejohanan motosikal kebangsaan.

Terutamanya Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS (MCP), termasuk kategori perlumbaan CP150, CP125 dan ProAm.

Kredit Foto : Facebook Malaysia Superbike Championship

Kategori Perlumbaan Berjaya Sompo Yamaha Y16ZR Race MasterClass

Sementara itu, kategori perlumbaan Berjaya Sompo Yamaha Y16ZR Race MasterClass akan diteruskan untuk tahun ketiga berturut-turut dengan jumlah keseluruhan 32 pelumba bermula dari Pusingan 2.

Pelumba-pelumba ini dipilih daripada kategori perlumbaan dalam MCP, iaitu Wira KBS, Yamaha PETRONAS Super Series dan AEON Credit Service Yamaha 135LC Tekhne Challenge, dan akan bersaing sehingga akhir Musim 2024.

Kredit Foto : Facebook Malaysia Superbike Championship

Komitmen MSBK dalam Membangunkan Bakat Baharu

Dengan pengenalan kategori-kategori perlumbaan ini, MSBK terus komited dalam membangunkan bakat baharu dalam sukan permotoran.

Kredit Foto : Facebook Malaysia Superbike Championship

Ini untuk memastikan generasi pelumba muda mempunyai laluan yang jelas untuk mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply