Tiga Jenis Sisa Dapur Paling Bagus Jadi Baja, Boleh Lebatkan Bunga!

Siapa sangka tiga jenis sisa dapur ini mampu lebatkan bunga di laman. Menjaga taman bunga yang subur dan cantik bukan sahaja memerlukan dedikasi tetapi juga memerlukan baja yang berkualiti untuk menyuburkan tanaman.

Tahukah anda, sisa dapur yang selalu kita buang sebenarnya boleh dijadikan baja organik yang sangat bagus untuk tanaman bunga? Berikut adalah tiga jenis sisa dapur yang paling efektif untuk menyuburkan bunga di taman anda

1. Kulit telur

Kulit telur merupakan sumber terbaik kalsium. Ia berupaya mempertingkatkan daya kekuatan tanaman dalam proses pertumbuhannya. Bila pokok sihat dengan pertumbuhan yang baik, ia bukan sekadar menjadikan pokok ros anda tumbuh merimbun malah mempunyai daya tahan kepada sebarang jenis serangan penyakit. Penggunaan kulit telur sebagai baja di pangkal pokok mampu mencegah penyakit seperti Black spot dan menjadikan akar lebih kuat untuk menyerap nutrien.

cracked-egg-yolk-eggs-128885

2. Kulit pisang

Kulit pisang mengandungi potasium yang diperlukan oleh pokok ros untuk tujuan merangsang penghasilan bunga. Selain dari itu juga, kulit pisang mudah terurai. Ini menjadikan, akar ros lebih mudah menyerap baja yang dibekalkan.

3. Kulit citrus

Baja Baja

Kulit citrus atau limau seperti lemon dan oren sesuai digunakan untuk meningkatkan keasidan tanah. Oleh itu, bagi tanaman yang memerlukan kadar tanah yang berasid seperti hydrangea, orkid, azalea, begonia dan sebagainya untuk menghasilkan bunga, taburkan kulit citrus pada permukaan tanah di sekitar pokok. Selain itu juga, anda boleh keringkan kulit citrus tersebut dan kisar apabila ia betul-betul kering dan gaulkan di dalam medium tanaman untuk meningkatkan kadar asid tanah

Mesti Baca:5 Kesilapan Besar Yang Wajib Anda Jauhi Ketika Mengubahsuai Rumah
Baca Lagi Di Sini:Ubahsuai Rumah Flat 30 Tahun Dengan Sentuhan Kontemporari Dan Tropikal Ini menarik!
Artikel Menarik:Sebelum Pindah Masuk Atau Ubahsuai Rumah Baru, Wajib Periksa 10 “Defect” Ni Dulu

IMPIANA :  Dengan menggunakan air rebusan ini, dapur yang tiada ‘hood’ pun boleh kekal segar dan bebas dari bau yang kurang menyenangkan.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply