UNIQLO Raikan Ulang Tahun Ke-40 Dengan Koleksi FW 2024, ‘Timeless Tones’

Sebagai jenama fesyen yang semakin mekar di hati ramai rakyat Malaysia, UNIQLO, menampilkan Koleksi Musim Luruh/Dingin 2024 terbarunya.

Koleksi ini yang diberi nama panggilan “Timeless Tones” juga diraikan sempena ulang tahun ke-40 jenama UNIQLO.

Semalam bertempat di Blossom A GlassMansion, Kuala Lumpur, MASKULIN sempat mengikuti sesi preview koleksi baharu. Di mana ia turut dihadiri beberapa orang pempengaruh dan selebriti terkenal.

uniqlo-timeless-2

Menariknya koleksi dan sentuhan preview pada kali ini diilhamkan oleh dua bandar bersejarah di Eropah iaitu Edinburgh dan Stockholm.

Hadir dengan tema “Timeless Tones,” ia menggambarkan perpaduan gaya klasik dengan sentuhan moden yang mampu mengekalkan tarikan sepanjang masa.

Inspirasi dari Edinburgh membawa gabungan corak dan bahan yang unik, manakala Stockholm pula memberikan sentuhan tona kontemporari.

Hasilnya, koleksi ini menghasilkan kepingan yang bukan sahaja elegan tetapi juga versatil, sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Koleksi ini turut menampilkan pelbagai gaya pakaian yang menonjolkan keistimewaan fesyen tempatan.

uniqlo-timeless-24

uniqlo-timeless-247

GAYA PRAKTIKAL

Di Malaysia, UNIQLO mengambil kira cuaca panas dan lembap dengan memperkenalkan kombinasi istimewa seperti AIRism Sleeveless High Neck Cut dan bahan seperti Rayon serta UV Cut.

Ini menjadikan koleksi “Timeless Tones” bukan sahaja relevan tetapi juga praktikal untuk gaya hidup di Malaysia, memberikan keselesaan dan fungsi yang optimum.

Sejak penubuhannya pada tahun 1984, UNIQLO telah melalui pelbagai fasa evolusi, dari aspek potongan yang lebih ringan hingga kepada keselesaan yang lebih tinggi dan fungsi yang ditingkatkan melalui bahan-bahan inovatif.

Antara yang menarik perhatian adalah fabrik seperti PUFFTECH dan HEATTECH yang terus diperbaharui untuk memberikan kehangatan dan kelembutan yang maksimum.

PUFFTECH, contohnya, merupakan benang UNIQLO yang paling ringan dan hangat, dibangunkan dengan teknologi serat yang inovatif.

BACA: Kesalahan Fesyen Perlu Lelaki Elak Agar Tak Ketinggalan Zaman & Nampak Lebih Tua

Koleksi Musim Luruh/Dingin 2024 ini akan tersedia di semua cawangan UNIQLO dan dalam talian. Untuk maklumat lanjut, layari laman web UNIQLO.

‘Timeless Tones’ oleh UNIQLO bukan sahaja meraikan ulang tahun ke-40 jenama ini, tetapi juga menunjukkan komitmen mereka dalam menggabungkan elemen klasik dengan reka bentuk moden.

Dengan fokus kepada keunikan tempatan dan bahan inovatif, koleksi ini pastinya akan menjadi pilihan utama bagi mereka yang menghargai gaya yang abadi dan praktikal.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply