Individu Koma dan Dalam Keadaan Vegetatif Mungkin Sedar Keadaan Sekeliling

Secara amnya ramai mempunyai kepercayaan individu yang koma atau dalam keadaan vegetatif tidak menyedari keadaan sekeliling mereka. Ada beberapa kes individu yang koma selama beberapa tahun mengatakan mereka seakan bermimpi dan tidak sedar masa telah berlalu. Tetapi menurut kajian terkini saintis, 1 daripada 5 individu yang koman atau dalam keadaan vegetatif mungkin sedar akan keadaan sekeliling mereka.

Kajian dilakukan oleh Kolej Perubatan Weill Cornell di New York ke atas 353 individu yang mengalami kecederaan otak yang serius. Mereka diberikan arahan suara untuk berfikir melakukan aktiviti seperti berjalan, menggenggam tangan, atau berenang. Arahan diberikan selama 15-30 saat sebelum berhenti dan kemudian diulang sebanyak 7 kali dalam masa 5 minit.

Imej dijana oleh Grok

Saintis tahu aktiviti otak yang dikesan apabila arahan sama diberikan kepada insan yang tidak mengalami kecederaan otak serius. Aktiviti otak 353 individu dalam kajian dirakam menggunakan alat EEG atau MRI. Di kalangan mereka yang koma dan dalam keadaan vegetatif, 20% memberikan bacaan aktiviti otak yang sama seperti insan yang tidak mengalami kecederaan otak.

Saintis tidak tahu apakah yang berlalu di dalam minda golongan ini tetapi data menunjukkan mereka mungkin sedar dengan keadaan sekeliling tidak seperti yang dipercayai. Ini membuka persoalan etika sama ada tindakan mematikan mesin bantuan hayat golongan koma atau keadaan vegetatif ialah tindakan yang betul. Mereka mungkin sedar apa yang berlalu tetapi tidak boleh melakukan apa-apa untuk menghentikannya. Kajian telah diterbitkan dalam New England Journal of Medicine


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply