Baru-baru ini, penyanyi dan juga anggota kumpulan terkenal, Jungkook BTS mengumumkan bakal menemui peminat melalui projek terbaru walaupun sedang berkhidmat dalam tentera.
Menerusi media sosial, agensi Jungkook BTS, Big Hit berkongsi poster tayangan dokumentari rasmi pertama ‘Jungkook: I Am Still’ yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh dunia bermula 18 September ini.
BACA: Mahir Di Dapur, Jungkook BTS Kini Jadi Tukang Masak Tentera
Dokumentari ini akan memaparkan proses pengeluaran single solo pertama Jungkook atau Jeon Jungkook (27), ‘Seven (feat. Latto)’ yang dikeluarkan pada Julai tahun lalu sehingga pelancaran album ‘GOLDEN’.
Menurut Big Hit, kisah Jungkook yang belum pernah didedahkan di mana-mana platform media juga turut akan didedahkan dalam dokumentari ini.
BACA: Dalam Masa 24 Jam IG Anjing Jungkook BTS Cecah Jutaaan ‘Follower’. Fuh!
Sekadar info, Jungkook mula berkhidmat di dalam latihan ketenteraan Korea Selatan sejak 12 Disember lalu. Dalam perkembangan terkini, Jungkook dan seorang lagi ahli BTS, Jimin terlibat dalam satu program rancangan realiti travel ‘Are You Sure?!’ iaitu rancangan yang memaparkan aktiviti pengembaraan mereka sebelum memasuki latihan ketenteraan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.